myperak.net

Undilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
 
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
Your IP: 38.107.191.82

Welcome, Surat layang
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
10 September 2010 09:17:57 MYT (GMT +8)
 
Cytro Hulu Selangor Fb

CyTro Hulu Selangor

Promote Your Page Too

 
Facebook
myperak.net

Promote Your Page Too
 
::.Kumpulan Menyokong UMNO Perak.::: Calon

Search on This Topic:   
[ Go to Home | Select a New Topic ]


Page 1 of 2 (49 total stories) [ 1 | 2 | > | >> ]  

Kalau Dah Beruk Tetap Beruk Juga....

Inilah masalahnya kalau pengundi undi beruk jadi wakil mereka.Bila bercakap tak boleh nak tumpu pada tajuk asyik tersasar sahaja, yang rugi kita semua...peranan pembangkang adalah untuk menjadi check dan balance pada kerajaan, bukannya menjadi beruk dalam dewan.Kalau nak menjadi beruk banyak pokok dan kawasan hutan di Perak yang belum diteroka untuk dijadikan kediaman.

Malas sebenarnya nak ulas panjang tentang sidang Dun yang berlangsung semalam, Janji tidak mahu sebarang kekecohan demi rakyat Perak nampaknya hanya manis di mulut sahaja.Nampaknya pembangkang di Negeri Perak sedang kenyang memakan wang gaji dan elaun dari melakukan kerja mereka kepada Negeri.

Ketua Beruk Pakatan bernama Nizar ini macam tak boleh mendisplinkan diri bila berhadapan dengan tekanan, lebih-lebih lagi bila terkenangkan kerusi MB nya diambil alih oleh mahkamah walaupun sebelumnya penderhakaan terhadap Sultan Perak jelas berlaku, Hari ini mereka masih lagi bermain teng teng dalam dewan rakyat dengan bercerita fitnah dan lakonan di zalimi bagi mendapatkan simpati orang ramai.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Melayu liberal dan alat adalah pengkhianat bangsa Melayu
rmf7 writes

Seseorang yang menerima fahaman liberalisme ialah orang yang liberal. Liberalisme pula ialah falsafah yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik tertinggi.

Liberalisme menekankan hak-hak peribadi serta kesamarataan peluang. Dalam fahaman liberalisme, pelbagai aliran dengan nama “liberal” mungkin mempunyai dasar dan pandangan yang berlainan, tetapi secara umumnya aliran-aliran ini bersetuju dengan prinsip-prinsip berikut termasuk kebebasan berfikir dan kebebasan bersuara, batasan kepada kuasa kerajaan, kedaulatan undang-undang, hak individu ke atas harta persendirian,

Dengan kata lain, tidak banyak perbezaannya liberalisme dengan komunisme kerana kedua-duanya ialah alat pihak Barat dalam menakluk sesebuah negara itu melalui dasar-dasar yang diciptakan oleh mereka.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Selangor, maju diatas, berlubang dibawah, kering dikolah
rmf7 writes

 Pasir

 

Filem 2012 ini hanyalah satu rekaan sains fiksyen pengarahnya saja, tiada apa yang benar pun mengenainya. Tapi ambik maksud filem tersebut, kita nak bincang tentang malapetaka alam sekitar yang dijangka berlaku di sini, Malaysia atau lebih spesifik dalam Negeri Selangor – Negeri maju dibawah pemerintahan BN. Isunya air dan pasir,

Timbalan Perdana Menteri semasa rasmi mesyuarat Bahagian Ampang dedahkan bahawa kerajaan pembangkang Selangor kenakan banyak halangan untuk projek salur air dari Sungai Pahang ke Hulu Langat bagi tujuan dan kemudahan rakyat Selangor dan WP. Projek ini bukan murah, RM 3 billion tapi dibiayai oleh kerajaan pusat demi kesejahteraan rakyat tidak kira apa fahaman politik, kaum dan agama.

Kita tak faham, kenapa projek untuk rakyat ini disabotaj sedemikian rupa hanya kerana berlainan fahaman politik. Kerajaan pusat dia dah jangkakan Selangor dan WP akan alami masalah air sejak 2005 lagi dan bukan setakat jangka tetapi buat perancangan agar sesuatu dibuat untuk mengatasi masalah tersebut dan jawapannya ialah mengalirkan air dari Sungai Semantan, Pahang ke Loji Penapisan Hulu Langat. Kosnya kepada kerajaan Negeri, RM 0.10 untuk 1 liter bayar kepada kerajaan Pahang. Ini semua dah dipersetujui dulu lagi, aleh bila berubah saja tampuk pemerintahan kerajaan Negeri, Selangor pulak buat hal dengan mengarahkan majlis-majlis daerah mensabotaj projek ini.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Siapa Pengkhianat? APPC dan Anwar Ibrahim
rmf7 writes

Oleh rmf

APCO hebat diperkatakan oleh pihak pembangkang  sejak akhir akhir ini sehingga menyebabkan percanggahan pendapat yang amat, tanpa butiran jelas isu yang di mainkan oleh anwar ibrahim, hanya menyatakan kaitan perisik Israel didalam PDRM, orang orang yahudi di dalam  rangkaian berkaitan kerajaan dimana mendapat kerja sama kerajaan sepenuhnya. Persoalan ini masih  menjadi terjahan pembangkang sehingga dikaitan dengan UMNO.

Isu yang dimainkan oleh anwar ibrahim adalah tidak lain tidak untuk menutup kesalahan yang telah beliau lakukan  terlebih dahulu pada tahun 1999. Penglibatan APPC didalam rangkaian anwar telah lama diketahui akan tetapi rakyat masih tidak diberikan penjelasan  sejelas nya dimasa itu oleh anwar sendiri.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Siapa Anwar Ibrahim 4: Disebalik Tadbir IIIT
rmf7 writes

IIIT (International Institute of Islamic Thought) ditubuhkan pada tahun 1981, ketika pengakhiran zaman Presiden Jimmy Carter (Demokrat) dan permulaan zaman Presiden Ronald Reagan (Republikan) .

Ketika itu polisi Amerika Syarikat mengikut plan ‘The Bernard Lewis Plan’, [Profesor Emeritus Yahudi, Bernard Lewis yang mengkaji Timur Tengah dan Empayar Uthmaniyah di Universiti Princeton, Amerika Syarikat ] yang memperalatkan kumpulan Islam melawan musuh Amerika Syarikat iaitu Rusia. Era itu dinamakan ‘Cold Ward’.

Zbigniew Brzezinski, ketika itu menjadi penasihat Keselamatan Presiden Jimmy Carter telah mengaplikasikan “The Bernard Lewis Plan” dengan melancarkan ‘Operation Cyclone’, singkatan kepada Pusat Agensi Perisikan Amerika Syarikat yang dijalankan oleh CIA secara ‘covert’ (tersembunyi) . Operasi ini bercorak bantuan ketenteraan (senjata) khusus membantu kumpulan Mujahidin di Afghanistan melawan Russia pada tahun 1979-1989. Untuk menjayakan operasi ini, CIA telah membelanjakan $20–30 million setiap tahun pada 1980 dan meningkat kepada $630 million setiap tahun pada tahun 1987.


(Berita Penuh... | ulasan?)

Penjelasan- Isu Ketuanan Melayu
rmf7 writes

oleh rmf

Isu Ketuanan Melayu sering kali disalahertikan oleh banyak pihak sehingga ianya menimbulkan pelbagai pandangan dan reaksi yang berbeza-sebagai contoh yang paling nyata sekali ialah di dalam Majlis Forum bertajuk ‘Mitos Ketuanan Melayu’ anjuran Refsa (Research for Social Advancement) di ibunegara semalam.

Tiga lagi ahli panel ialah Noraini Othman’ (UKM/Sister in Islam); pakar sejarah Malaysia, Clive Kessler dan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Richard Yeoh.( link) 

 

(Berita Penuh... | ulasan?)

Pemuda yang Patah Taring
rmf7 writes

Oleh rmf

Sejak dahulu lagi, Pemuda UMNO Malaysia merupakan satu sayap yang paling unggul dan disegani dimata masyarakat dan juga dikalangan pemimpin peminpin tertinggi Malaysia. Di kala itu Pemuda mempunyai hala tuju yang jelas didalam memertabatkan Agama , Bangsa dan Negara. Pemuda dimasa itu amat BERANI.

Kita imbas kembali, sejak dari tampok kepimpinan yang dikenang sehingga kini dengan ketegasan didalam menangani isu isu kepentingan Melayu tanpa memperdulikan status dan pangkat yang disandang samada di pecat atau disingkirkan didalam memperjuangkan agenda parti. Paling jelas mereka ini menjalankan tanggungjawab tanpa rasa takut pada kaum minoriti didalam negara ini.

Mereka tahu, negara ini adalah kepunyaan bangsa yang bernama Melayu yang man perlu dinobatkan, didaulatkan, diangungkan sehingga tiada sepatah kata dari kaum minoriti yang berani mempertikaikan.

(Berita Penuh... | ulasan?)

UMNO(BN) Menang di Bagan Pinang! tahniah Rakyat Bagan Pinang.

Alhamdulillah ,syukur ke hadrat ilahi, atas kemenangan UMNO (BN)di Bagan Pinang. Tahniah pada Tan Sri Isa Samad dan  semua jentera parti yang bertungkus lumus membantu ketika kempen PRK N31 berjalan. tidak dilupakan juga kepada anggoia keselamatan  yang sentiasa menjaga keamanan dan ketenteraman sejak dari hari penamaan calun hingga hari pengundian. Tidak lupa pada para pengundi yang  memberi undi atas keyakinan bahawa BN mendahului rakyat dan percapaian .Semoga Allah  membalas kesungguhan saudara-saudara sekalian.Sesungguhnya kemenangan ini menjadi satu ingatan kepada  kita semua bahawa apabila bersatu dibawah panji-panji parti dan setia akan pucuk pimpinan , insya allah...kemenangan bukanlah satu yang mustahil.

Semoga dengan kemenangan ini  memberi impak yang besar kepada seluruh ahli dan penyokong perjuangan parti  UMNO untuk berusaha memperbaiki dan memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap  UMNO dan kepimpinannya dalam menerajui kerajaan  BN.

Selama ini UMNO di kambing hitam oleh Pembangkang dengan pelbagai cara antaranya menabur fitnah, cemuhan, makian dan celaan,. Mereka cuba mengubah  kisah sejarah dan kejayaan UMNO dalam  memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara demi kepentingan politik sempit  ciptaan mereka sendiri dengan harapan  ia dapat  menutup setiap kelemahan yang mereka hadapi akibat pencampuran fahaman politik dan perjuangan yang berbeza. Mereka boleh membohongi  bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu sebenar, namun kisah pembohongan kadangkala tidak akan berkesan bila pembohongan dilakukan sepanjang masa .

(Berita Penuh... | ulasan?)

Jawatankuasa Sivakumar tidak lagi sah

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sebelum ini dipengerusikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh yang juga bekas Speaker, V. Sivakumar tidak boleh mengadakan mesyuaratnya kerana jawatankuasa tersebut tidak lagi sah ketika ini.

 Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri berkata ini kerana keanggotaan jawatankuasa itu adalah sah untuk satu penggal sahaja dan keanggotaan jawatankuasa berkenaan gugur dengan sendirinya apabila DUN memasuki penggal berikutnya.

“Oleh kerana Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan yang bersidang pada 7 Mei lepas telahpun membuat pelantikan baru bagi jawatankuasa itu, maka keanggotaan jawatankuasa yang dipengerusikan Sivakumar mulai Penggal Pertama Dewan sudah tidak lagi sah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata persidangan DUN 7 Mei lepas telah melantik Speaker Datuk R.Ganesan sebagai pengerusi baru Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan dianggotai oleh ADUN Temengor Datuk Hasbullah Osman, Datuk Rusnah Kassim (Hulu Kinta), Datuk Mohd Khusairi Abdul Mutalib (Slim), Datuk Nasarudin Hashim (Bota) dan Nolee Ashilin Mohammed Radzi (Tualang Sekah).

 

(Berita Penuh... | ulasan?)

Hak Istimewa Melayu Tetap Dipertahan Selagi Umno Berkuasa: Muhyiddin

Segala hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara akan terus dipertahankan selagi Umno berkuasa, kata Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Umno sedar tanggungjawabnya sebagai parti yang membela orang Melayu," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Padang Rengas dekat sini Sabtu.

"Itulah perjuangan kita dahulu, sekarang dan insya-Allah pada masa-masa yang akan datang. Ini adalah perkara yang cukup penting yang kita tidak boleh abaikan," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata dakwaan pihak tertentu bahawa langkah kerajaan meliberalisasikan ekonomi bagi menarik pelaburan asing ke negara ini sebagai mengabai dan menjejaskan kedudukan orang Melayu adalah tanggapan salah yang perlu diperbetulkan.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Siri Kedua: DAP tawar MB kepada saya...PKR main politik kotor

Oleh: HANAFIAH MAN

 


Tindakan ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi meninggalkan PKR dan menjadi ADUN Bebas dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan kononnya beliau telah ‘dibeli’.

Malah, tindakannnya itu juga dituduh sebagai cubaan untuk mendapat perlindungan Barisan Nasional (BN) bagi mengelakkan dirinya daripada menghadapi tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Namun tuduhan-tuduhan yang berat itu sedikit pun tidak menjejaskan dirinya kerana pada hakikatnya beliau tahu apa yang berlaku.

Dalam temubual bersama Agendadaily beliau menceritakan secara terperinci bagaimana mainan politik dalaman PKR sehingga membawa kepada tindakan beliau dan ADUN Changkat Jering meninggalkan parti tersebut
 

(Berita Penuh... | ulasan?)

Larangan sentuh isu Sultan Perak, Altantuya di 3 pilihan raya kecil

TAIPING: Parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang tidak dibenar menyentuh keputusan Sultan Perak dan juga kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai bahan berkempen.

Keputusan itu dikeluarkan oleh Polis Taiping semalam.

Dengan syarat baru itu, keputusan Sultan Azlan Shah membolehkan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan negeri Perak tidak boleh disentuh semasa ceramah kempen pilihan raya yang bermula kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, parti-parti politik perlu mematuhi syarat permit bagi mengelakkan prejudis memandangkan kedua-dua kes berkenaan masih didengar mahkamah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja tanpa mengira dari parti politik mana, yang didapati mengapi-apikan atau mengeluarkan kata-kata yang dianggap sebagai menghasut.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Kenapa saya perlu pilih BN (UMNO)
Surat layang writes

Assalammualaikum dan Salam Hormat kepada semua pembaca. Kenapa saya perlu pilih BN (UMNO)? Saya memilih BN kerana sejarah telah membuktikan tiada parti lain yang dapat memerintah negara dengan berkesan sejak negara merdeka.

Lihat apa sudah jadi dengan negara jiran, THAILAND. Sanggupkah kita jadi begitu? Saya bersyukur ke hadrat ALLAH kerana dengan kestabilan politik, keamanan dan kemakmuran negara yang ditadbir oleh BN membolehkan ibu bapa saya berkhidmat sebagai pendidik sejak muda hinggalah ke hari pencennya dengan rasa gembira sebagai ahli UMNO sejati.

Berkat kesabaran mereka, kami lima beradik berjaya menggenggam ijazah masing-masing melalui biasiswa MARA, Yayasan Perak dan PTPTN. Siapakah yang berusaha menubuhkan Tabungan itu kalau bukan BN (UMNO), fikirkanlah? Ini realiti di bumi berpijak bukan bulan di awangan.

Hari ini saya bersyukur kerana kedua ibu bapa saya diberi kesihatan yang baik untuk menabur bakti dalam parti UMNO walaupun bapa saya sedang mendapat rawatan kerana penyakit kanser. Bapa saya memegang jawatan Ketua Penerangan Cawangan manakala ibu saya Ketua Wanita Cawangan, saya hanya mampu menjadi ahli biasa sahaja setakat ini kerana kesibukan mencari rezeki.

Saya berazam untuk memajukan diri dalam parti sebagaimana ibu bapa saya kerana walaupun sudah bersara (pencen) mereka tetap aktif dalam aktiviti parti sebagai satu tanda terima kasih terhadap kenikmatan dan kemakmuran yang diberikan sepanjang perkhidmatan mereka dengan kerajaan.

Saya dengan ikhlas menyeru para pemuda dan pemudi yang masih dibuai mimpi supaya bangkit dan sertailah UMNO..... khasnya buat mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Jangan mudah digula-gulakan oleh wayang kulit pembangkang, kita semua berpelajaran tinggi kerana usaha BN menubuhkan IPTA & IPTS, bagi biasiswa & PTPTN.

Hidup UMNO........Dulu, Kini dan Selamanya.

(ulasan?)

Pilihan raya kecil Bukit Gantang signifikan kepada BN

TAIPING: Di sebalik rebutan 15 calon di Bukit Selambau, kerusi Bukit Gantang dilihat oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat sebagai gelanggang penting untuk dikuasai pada 7 April ini.

Bagi BN, menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang adalah signifikan dan sangat penting untuk dimenangi BN kerana ia merupakan pilihan raya pertama susulan peralihan kuasa dan kepimpinan dalam parti melibatkan bakal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Muhyiddin yang dipilih Timbalan Presiden Umno Khamis lalu berkata, barisan kepimpinan baru Umno akan memberi keyakinan kepada rakyat tentang kesungguhan kerajaan BN untuk membawa perubahan dan pembaharuan seperti yang diharapkan mereka.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Penamaan Calon Tiga Pilihan Raya Kecil Bermula

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak dan kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Perak dan Batang Ai di Sarawak bermula pukul 9 pagi ini.

Pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil Bukit Gantang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping manakala bagi Bukit Selambau, pusat penamaan calon ialah di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani dan Batang Ai di Kompleks Sukan Lubok Antu.

Penamaan calon ditutup pada pukul 11 pagi dan diikuti dengan tempoh bantahan selama sejam.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Jangan Salahkan Pengundi Jika Kalah-PRU13
rmf7 writes

KITA tidak pasti apa sebenarnya matlamat segelintir orang masuk politik. Apa sebenarnya cita-cita mereka. Niat mereka? Orang politik yang masuk dulu dan sekarang apa bezanya?

Mereka yang sudah masuk lama dulu dan sudah nampak track record mereka, bolehlah kita katakan mereka itu benar-benar politikus atau ahli politik ataupun ahli politik totok atau juga dikenali sebagai political animal.

Saban hari saya menyaksikan bagaimana percaturan politik dijalankan untuk merebut kedudukkan sebagi calun PRU13, disini juga berlakunya pelbagai karenah daripada banyak pihak didalam UMNO itu sendiri, Sikap mementingkan diri, sikap tamak haloba dengan jawatan, kuasa telah menjurus ke arah sikap yang tidak bermoral dan menyusahkan orang lain.

(Berita Penuh... | ulasan?)

BN/UMNO jangan jadi............
rmf7 writes

Dalam senario politik sekarang yang begitu mendapat tekanan dari pelbagai sudut khususnya di pihak BN/UMNO yang mana memerlukan satu perubahan sikap dilkalangan kepimpinan masih lagi berada diparas yang agak rendah.

Kesedaran terhadap perjuangan dan tanggungjawab terhadap kesinambungan bangsa masih lagi amat rendah. Perkara ini dapat dilihat bagaimana peratusan mendaftar pengundi baru dikalangan orang orang melayu ditahap yang tidak memberangsangkan.

Apakah mereka harus “diketuk” berkali kali supaya melakukan tanggungjawab ini? Apakah mereka masih lagi lalai, leka atas survival politik Melayu hari ini? bagi saya jawapan yang paling layak untuk mereka ini ialah “PEMALAS”, Biro penerangan masih lagi berada dizon zon selesa dengan jawatan yang disandang dan menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada untuk melobi apa juga peluang tanpa memperdulikan tanggungjawab yang sebenarnya.

(Berita Penuh... | ulasan?)

DS Najib Razak Sarankan Tetapi....

Dr Novandri Hasan Basri(minda Intelek Melayu blogspot)

Semasa perasmian Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh hari ini, DS Najib Razak menyarankan,

“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,”

DS Najib Razak juga berkata,

“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.",

 

(Berita Penuh... | ulasan?)

DAP Sebagai Mastermind Semarakkan Api Perkauman?

Penulis sekali lagi terpanggil untuk menulis artikel ini adalah berdasarkan kenyataan Nga Kor Ming baru-baru ini yang mempersoalkan mengenai perbelanjaan kerajaan Pusat sebanyak RM748.2 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh tahun 2000 hingga 2008 manakala tiada pun bantuan bagi membina rumah ibadat bukan Islam. Sebelum ini, Karpal Sing (The Sin King) mahukan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi kedua. Sekali lagi DAP bermain dengan sentimen tanpa mengira sensitiviti orang Islam khususnya orang Melayu. Kebiadapan DAP hari ini adalah kesinambungan mereka dalam perjuangan yang mereka warisi daripada PAP atau lebih tepat lagi Lee Kuan Yew. Hal ini tidak dapat disangkal lagi apabila DAP yang acap kali mempersoalkan isu-isu berkaitan bangsa, agama dan bahasa Umumnya tahu bahawa ketiga-tiga perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutan dan tidak boleh dipersoalkan apatah lagi dijadikan bahan jajaan demi kepentingan politik Chinese Chauvinist DAP yang sempit.

Kelancangan DAP ini berkaitan juga dengan kegagalan PKR dan PAS dalam menasihati atau membatasi rakan sekongkol mereka dalam Pakatan Pembangkang. Apakah kedua-dua parti ini takut kepada DAP yang jelas lebih mempunyai ‘kuku’ dalam pakatan mereka di hampir semua negeri yang mereka menangi. Atau mereka ingin ‘menumpang’ dalam pakatan rakyat demi untuk memastikan ‘hidup-matinya’ parti mereka kerana memerlukan undian daripada bukan melayu? Di manakah kelantangan suara TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi untuk membina sebuah Negara Islam yang kerap dilaungkan oleh PAS? Ke manakah hilangnya patriotisme DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ demi memastikan nasib orang melayu sentiasa terbela oleh PKR? Kedua-duanya senyap dan sepi. Tiada kedengaran suara mereka atau tindakan menghalang ketelanjuran dan kebiadapan DAP ini. Nampaknya PAS dan PKR kedua-duanya bacul dan tidak berani bila berhadapan dengan DAP.

Sekiranya pembaca lupa, Nga Kor Ming inilah yang dibela oleh TG Nik Aziz dan pemimpin PAS kerana membaca septong ayat Al Quran semasa kempen PRK di Bukit Gantang lalu. Walau apa pun alasan mereka mengenai perkara ini, Kor Ming dan DAP melihat bahawa mereka mendapat pembelaan daripada Tuan Guru PAS. Manakala Karpal “The Sin King” pula telah secara terang-terangan mencabar PAS untuk langkah mayat beliau terlebih dahulu sekiranya PAS mahu jadikan Malaysia Negara Islam. Mereka juga tahu bahawa DS Anwar ‘Pengkhianat Bangsa’ dan PKR juga tidak akan bersuara kerana kelemahan PKR terletak kepada merealisasikan impian DSAI untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.. Maka ‘lesen’ inilah yang menjadikan mereka dalam DAP termasuklah Karpal ‘The Sin King’ dan Kor Ming bertindak lebih berani.

 

(Berita Penuh... | 1 ulasan)

Pembinaan Negara Bangsa
rmf7 writes

Negara bangsa adalah satu ’set orang dengan identiti yang sama yang telah membentuk negara politik sendiri atau biasanya berhajat sedemikian’(Viotti and Kauppi, 2001). Dalam maksud negara geografi ini, rujukan adalah lebih bercirikan satu kumpulan yang mempunyai asal yang sama dari segi etnik, bahasa, agama, atau sejarah, secara betul atau salahnya.

Istilah ini menjadi sinonim dengan negara geografi dengan negara bangsa tampa kedaulatan (iaitu negara bangsa tampa negara politik) bertujuan menanggap diri mereka sebagai sama taraf dengan negara berdaulat. Yang lainnya, termasuk nasionalis, mungkin menggangap satu negara bangsa atau geografi dibahagikan kepada beberapa negara politik

(Berita Penuh... | ulasan?)

Ketuanan Melayu DiPersoalkan : UMNO Kenapa Diam?
Surat layang writes

oleh : rmf

Saban hari kita daripada yang berbangsa Melayu yang mempertahankan kedaulatan Melayu, Kedaulatan Raja-raja, kedaulatn Negara kini diasak bertubi-tubi oleh kaum minoriti didalam negara ini dengan isu isu ketuanan Melayu.

Setiap hari itu juga kita memendam perasaan marah, terhadap isu ini dipertikaikan.Hak hak orang melayu dipersoalkan.Dimana oarang orang melayu masa ini?

Apabila kita memperkatakan soal bangsa lain , adat istiadat bangsa lain , bangsa Melayu akan dikatakan rasist dan sebaliknya jika hak hak kita dipersoalkan kita tidak mampu untuk berbuat apa apa.


 

(Berita Penuh... | ulasan?)

Beras percuma..tercapaikah matlamat?
rmf7 writes

Buatlah Rakyat menjadi tenteram,ada rasa aman pada diri mereka, Jangan membuat mereka jadi takut daripada kita, Jangan membuat mereka jadi Ongkoro, menjadi miskin, dan kejam – ( Lihat tindakan mereka pada pilihanraya 12) – Pengajaran dari kesilapan.

Saya amat tertarik membaca artikel di Utusan Malaysia dengan rancangan kerajaan untuk membantu rakyat miskin, tahniah kepada kepimpinan Dato seri dengan slogan Rakyat didahulukan, Ini akan menjadikan rakyat lebih bersemangat untuk hidup, dengan peluang dan keperihatinan daripada kerajaan kepada mereka yang sememangnya tidak berkemampuan.

Akan tetapi, benarkah ini dapat dilaksanakan? sebagaimana kita ketahui daripada dahaulu lagi, bagaimana agihan ini berlaku,  disini muncullah golongan golongan yang “lebih miskin” daripada golongan miskin berdaftar atau golongan nmiskin terpinggir. Golongan “lebih miskin” ini terdiri daripada Bekas Adun dan kerabat, AJK bahagian dan kerabat, Pemuda bahagian dan kerabat, penghulu dan kerabat, ketua kampung dan kerabat.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Nizar lagi Menderhaka Demi Pakatan...

Sungguh lucu bila membaca tajuk berita Nizar: Sidang DUN Perak tetap diadakan Rabu ini di web berita internet. Nizar bersungguh-sungguh untuk mengadakan sidang DUN untuk meraih simpati rakyat terhadap kerajaannya yang tumbang. Seperti biasa drama ini dimulakan dengan V.Sivakumar yang masih merasakan dirinya speaker menggunakan kepala surat Speaker dewan Negeri Perak memanggil semua Adun untuk menghadiri persidangan.

 

Nizar terus berpendirian bahawa beliau adalah Menteri Besar Perak yang sah sementara V.Sivakumar sebagai speaker yang berhak untuk memanggil persidangan biarpun tidak mendapat perkenan Sultan Perak.Krisis yang dicetuskan oleh Pakatan ini adalah untuk mengalihkan isu yang sebenar melanda dalam pakatan itu sendiri.Semakin hari rakyat dapat melihat sendiri kelemahan dan kekalutan yang menyelubungi Pakatan baik di Perak dan Malaysia amnya.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Jangan tuding jari pada UMNO: MB PERAK

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyelar kenyataan Yang Di Pertua (YDP) Pas Parit Buntar, Harun Hashim yang memintanya supaya mengotakan janji agar masjid tidak dijadikan gelanggang politik.

“Saya ingin nasihatkan Harun supaya hayati benar-benar perjuangan Pas sama ada mengamalkan politik ala-Michaevelli dan politik sekularisme atau tidak.

“Masih ingatkah kenyataan paling popular Nizar dalam Dewan Negeri Perak suatu ketika dahulu bahawa Pas tidak memperjuangkan politik Islam dan negara Islam.

“Lupakah bahawa baru-baru ini bila Nik Aziz kata jawaban kepada kenyataan saya mengenai Nizar memakai serba hitam memegang lilin perlu diberi cara politik dan bukan cara agama,” katanya.

Beliau mengulas demikian berdasarkan laporan Sinar Harian 27 Julai lalu yang menyebut Harun sebagai berkata, jangan campur tangan dalam urusan pelantikan Jawatankuasa Kariah Masjid yang dibuat Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK).

Harun turut menyebut, sekiranya Zambry ikhlas, beliau perlu meminta UMNO agar jangan mencampuri urusan berkenaan.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Titah Sultan Perak mengenai keistimewaan Melayu disokong

Tindakan mana-mana pihak yang mempertikaikan kuasa Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu adalah perbuatan melampau yang tidak sepatutnya timbul selepas sekian lama negara mencapai kemerdekaan dan dinaungi Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri, kata Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Perak, Datuk Hamdi Abu Bakar.

Beliau berkata kedua-dua perlembagaan berkenaan mempunyai peruntukan yang jelas mengenai kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

"Mana boleh mana-mana pihak mempertikaikan kepentingan Melayu dan Bumiputera kerana perkara itu telah termaktub dalam perlembagaan, malah ia merupakan perkara asas dalam perlembagaan kita," katanya ketika diminta mengulas titah Sultan Perak Sultan Azlan Shah semalam bahawa sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang diPertuan Agong dan Raja-raja Melayu.

Hamdi berkata perlembagaan telah dibentuk hasil rundingan semua kaum ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan dan diputuskan secara bersama sebagai menghormati hak Melayu dan bumiputera.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Ismail tempat mengadu masalah penduduk

Biar pun baru menjadi calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Bukit Gantang, Ismail Saffian kini menjadi tempat mengadu masalah penduduk semasa lawatannya ke Kampung Baru Pulau Pasir Hitam, Trong dekat sini semalam.

Lebih 200 penduduk kampung itu berharap Ismail dapat membantu mereka mendapatkan bekalan elektrik dan air bersih seperti yang dinikmati di tempat-tempat lain kerana masalah ketiadaan kemudahan asas itu sudah berlarutan sekian lama.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung itu, Lin Lau Leng, 68, berkata, masalah itu sudah banyak kali diajukan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) tetapi rintihan mereka tidak dipedulikan.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Salam penghinaan Ngeh Khoo Ham

 1:20 lihatlah sendiri

Kalau orang kafir bagi salam kat kita...macam mana kita nak jawab??? Melainkan jawab "Celakalah bagi kamu"...mana boleh orang kafir bagi salam sejahtera kat orang islam. Ini lah cara PAS sesatkan akidah orang islam. cakap parti islam....tapi ajar DAP permainkan salam dan agama Islam

(Berita Penuh... | 1 ulasan)

BN akan nyatakan perkara sebenar

 

Jentera Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang Barisan Nasional (BN) akan berusaha sebaik mungkin untuk menyatakan perkara yang benar berkaitan peralihan kuasa yang berlaku di Perak.

Berbeza dengan pakatan pembangkang yang dijangka menggunakan taktik meraih simpati ekoran keadaan tersebut, BN tidak akan sekali-kali memainkan sentimen yang akan membuatkan pengundi rasa bersedih.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN yakin usaha berkenaan akan menempa kejayaan kerana rakyat dan pengundi di Bukit Gantang sudah bijak, bersikap rasional dan boleh berfikir dengan baik.

 

 

(Berita Penuh... | ulasan?)

Pertandingan Tiga Penjuru Di Bukit Gantang

TAIPING, 29 Mac (Bernama) -- Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang pada 7 April ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional (BN), PAS dan calon bebas.

Calon BN Ismail Saffian, 49, ditentang calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, 52, dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris, 42.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mahmod Morsidi mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding selepas proses bantahan selesai pada 11 pagi di Dewan Perbandaran Taiping di sini, yang disambut sorakan penyokong calon-calon yang bertanding.

Selepas sesi penyerahan borang tamat, tiga bantahan telah dikemukakan tetapi kesemuanya ditolak.

(Berita Penuh... | ulasan?)

Pusat tahfiz di setiap daerah
kembarapolitik writes
Inilah yang rakyat Perak mahukan. Sebuah kerajaan yang mampu berlaku adil kepada rakyat. Hak Melayu diagih selayaknya selaras kedudukan mengikut pecahan komposisi kaum di Perak. Dan dalam masa yang sama hak-hak kaum lain tidak diabaikan. Tetap dijaga dan dibantu selayaknya.

Apa yang penting bagi kerajaan BN Perak ialah memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat dengan adil dan saksama. Rakyat mengharapkan semoga kerjaaan BN Perak tidak mengikut perangai buruk kerajaan Boneka DAP Perak yang lepas yang mana memberi peruntukan pembangunan, tanah dan sebagainya yang berat sebelah kepada hanya satu-satu kaum yang secara jelasnya tidak langsung mencerminkan agihan mengikut komposisi sebenar kaum di Perak. Kaum yang memegang komposisi terbesar negeri Perak dianaktirikan.

(Berita Penuh... | ulasan?)


Page 1 of 2 (49 total stories) [ 1 | 2 | > | >> ]  

Kartun

 
Lagu UMNO
دمي اڬام بڠس دن تاناهاءر

 
Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
Lihat Video


3 Segment
 
Waktu Solat
Waktu Solah
Kuala Lumpur

1 Syawal 1431
Subuh 5:50 AM
Syuruk7:05 AM
Zohor 1:13 PM
Asar 4:16 PM
Maghrib 7:15 PM
Isyak8:24 PM

 
Pakat dgn Kapir

Apa nak heran boleh berkawan dengan Syaitan.

 
WEB/Blog Link

Facebook ADUN  Perak
YAB Dato' Seri Dr Zambry
YB Dato Khusairi
YB Dato Seri Raja Ahamad Zainuddin

Blog/web  Adun Perak
YB  Wan Norashikin Kg Gajah
YB  Ahmad Zainuddin Kubu Gajah
YB khusairi Tanjung Malim
YB Hamidah Osman Sg Rapat
DATO' SERI DR ZAMBRY B ABD. KADIR

Umno in Perak
UMNO PERAK
UMNO Bahagian Teluk Intan
Umno Bahagian Lenggong
Umno Bahagian Gerik
Umno Bahagian Larut
Umno Bahagian Parit Buntar
Umno Bahagian Bagan Serai
Umno Bahagian Bukit Gantang
Umno Bahagian Taiping
Umno Bahagian Padang Rengas
Umno Bahagian Sungai Siput
Umno Bahagian Tambun
Umno Bahagian Ipoh Timur
Umno Bahagian Ipoh Barat
Umno Bahagian Batu Gajah
Umno Bahagian Kuala Kangsar
Umno Bahagian Beruas
Umno Bahagian Parit
Umno Bahagian Kampar
Umno Bahagian Gopeng
Umno Bahagian Tapah
Umno Bahagian Pasir Salak
Umno Bahagian Lumut
Umno Bahagian Bagan Datok
Umno Bahagian Tanjung Malim
Wanita Umno Pasir Salak
Pemuda Teluk  Intan
Pemuda Padang Rengas
Pemuda Umno Tapah
Pemuda Parit
Pemuda UMNO Parit
Pemuda Padang Rengas
Pemuda Larut
Pemuda Tg Malim
Puteri Umno kampar
Puteri Umno Ipoh Timor
Puteri umno Titi Serong
Puteri Umno Gopeng
BN Perak

Made in Perak
Kamarulail
Perak Bangkit
bandar k kangsar
Yeop Perak
yeopparit.blogspot
10sibudakhitam
sekupangduas
Ipoh Malay
peraktoday
Taiping Mali
Wira Bukit Gantang
Awekz Bukit Gantang
PRK P059 Bukit Gantang
rmf7
Selamatkan Perak
hamdan taha
parpukari
bujang tua
Nizam Isa


Penyokong 'ikhlas'
UMNOSelangorNet
mulutmelayu-realiti
A piece of my mind
Pilihan-Anda blogspot
Gelombang Wangsa Maju
Csi Melayu@spyleman
muslimconsumer
Selangordailycom
Isuhot
pribumiperkasa
MyKMU
oreoyabun
Belantan.Blogspot
azharshafieblogspot
Kelab Chedet
KitaGempur.com
Shah Alam Free Speech
Ahmad-Amzar.blogspot.com
Bicara Nobisha
Satira Politikus(reformasin)
Another Brick in the Wall
koleksi puisi serling
Lawyer Kampung
Mutiara Melayu P Pinang
Tunku Aisha
gomounited
nursamad
Husin Lempoyang
dukeofumno
Sang Kelembai
koleksi puisi serling
Shah Alam Free Speech
Youtube-Media Nelayu
Kembara Politik
Warisan Pahang
Surat Dlm Botol
raksasaBN
The unspinners
Cyber Commando   
Cucu Tok Selampit
belantan blogspot
Gerakan-anti-pkr
suaragenerasimuda
anwaraidc
Kamaluddin Blog
penasihat undang undang umno

Pemimpin Politik
Tan Sri Muhyiddin
Tan Sri Muhammad
Dr.Puad Zarkashi
Dato Seri Dr Mohamad Khir
Dato Seri Azalina Othman Said
Dato Ahmad Shabery
Dato Kamilia Ibrahim
Dato Mohamed Idris
Dato Seri Shafie Apdal
Dato Shamsul Anuar HJ. Nasarah
Dato Razali Ibrahim
Dato Noh Hj Omar
Dato Saifuddin Abdullah
Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin
Dato Mukhriz Mahathir




 

 

 
Warisan

 
 
[ Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak


(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.08 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::