myperak.net

Undilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
 
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
Your IP: 38.107.191.82

Welcome, Surat layang
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
10 September 2010 09:35:09 MYT (GMT +8)
 
Cytro Hulu Selangor Fb

CyTro Hulu Selangor

Promote Your Page Too

 
Facebook
myperak.net

Promote Your Page Too
 
Bila Mufti Perak Bersuara 

Teguran Tan Sri Harussani terhadap Pas sebenarnya untuk membuka mata dan fikiran barisan kepimpinan Pas khususnya di Perak akan ketelanjuran mereka dalam menterjemahkan maksud 'zalim' yang mereka labelkan kepada UMNO.Pada pandangan Pas kezaliman yang dilakukan UMNO tiada maaf biarpun UMNO jelas merupakan parti seagama dengan Pas.

Keengganan Pas Perak untuk bersama-sama UMNO membentuk kerajaan negeri bukan satu isu yang dirahsiakan, pendedahan ini pernah disuarakan oleh Tuan Mufti dalam sebuah majalah selepas PRU yang lepas. Apa yang peliknya NIk Aziz dan Hadi Awang menyetujui cadangan yang dibawa oleh Tuan Mufti ini.Namun kata pemutus bukan ditangan mereka tapi ditangan Ahmad Awang iaitu pesuruhjaya Pas Perak. Disini sahaja kita dapat melihat sendiri kecelaruan yang ada di dalam Pas. Dalam mereka gebang mengenai wa'la pada pemimpin, dikalangan pemimpin mereka sendiri gagal merujuk dan mentaati yang diatas dari mereka.

Kisah ini seharusnya menjadi pengajaran kepada kita bahawa dendam Pas terhadap UMNO bukan kerana UMNO itu memperjuangkan Islam dan Melayu tetapi dendam mereka disebabkan faktor dengki dan irihati.Pas tidak mahu dilihat kurang dari serba serbi dari UMNO. Amalan bijak UMNO sanggup berkongsi kuasa dengan kaum lain mengundang irihati dalam dada pemimpin Pas.Strategi inilah yang diguna pakai oleh Pas bila bersetuju bersama-sama dengan DAP dan PKR dalam membentuk pakatan rakyat(rakyat merujuk pada penyokong mereka).



Sebenarnya Pakatan Rakyat hanya satu igauan ngeri buat Pas, ia hanya satu pakatan yang tiada titik pertemuan dalam pembentukan kerajaan yang didirikan di Pulau Pinang, Kedah , Selangor dan Kelantan.Tiada kerjasama yang dibentuk dalam pembentukan kerajaan negeri yang disebutkan ini. Apa yang pasti Pas hanya berjaya di kedah dan kelantan tetapi hanya menjadi melukut ditepi gantang di Selangor dan Pulau Pinang .

Tindakan Tuan Mufti mengapungkan kisah lama ini hanya untuk memberi keinsafan buat Pas, tiada yang molek dan indah bila bersama-sama DAP dan PKR. Seperti yang diduga reaksi tindak balas Pas terhadap  kenyataan Tuan Mufti yang  juga dikenali sebagai ulamak yang dihormati amat sedih.Serangan peribadi dan tohmahan dilemparkan untuk memperlekehkan imej Tuan Mufti dimata masyarakat islam di Perak khususnya. Tindakan Ahmad Awang mengambarkan Tuan Mufti bercakap bohong dan melabelkan Tuan mufti penyokong UMNO adalah satu tindakan terdesak Pas dalam menghakis imej sebagai anjing DAP dimata rakyat.

Keangkuhan Pas dalam melabelkan diri mereka sebagai pejuang agama islam unggul di Malaysia menyebabkan penolakan mereka terhadap ulamak yang tidak sehaluan dengan mereka. Tuan Mufti secara sinisnya meminta Pas mengemukakan hadis dan ayat al quran yang mengambarkan apa yang terjadi dimasa itu. Kezaliman UMNO dijadikan alasan untuk menolak kerjasama dalam membentuk kerajaan, namun ZALIMnya DAP Kafir secara terang menolak hukum hudud dan negera islam dianggap ringan dan lebih mulia dari UMNO.

Ingatlah Pas, tiada yang kekal dalam dunia ini tipu daya yang merosakkan melainkan orang-orang yang benar. Apabila kebenaran terbukti dipada masa itu kepimpinan Pas akan melutut dan meminta dipanjangkan nyawa politik mereka dari orang-orang yang dilabelkan zalim oleh mereka...sedarlah wahai Pas , DAP dan PKR musuh mu yang terang lagi nyata...ambillah iktibar dan nasihat dari Tuan Mufti Perak sebagai ingatan

Posted on Sunday, March 07, 2010 @ 12:38:16 MYT by dkds
Bila Mufti Perak Bersuara | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

 
Related Links
· More about Isu Semasa
· News by dkds


Most read story about Isu Semasa:
Umno bahagian diberi tempoh hingga Sept ulas pindaan perlembagaan

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

Isu Semasa

 
Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak


(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.02 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::