myperak.net

Undilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
 
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
Your IP: 38.107.191.80

Welcome, Surat layang
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
10 September 2010 09:34:22 MYT (GMT +8)
 
Cytro Hulu Selangor Fb

CyTro Hulu Selangor

Promote Your Page Too

 
Facebook
myperak.net

Promote Your Page Too
 
PAS Gadai Semuanya Demi Kuasa KAFIR 
rmf7 writes

Alahamdullilah . setelah sekian lama mencari butiran maklumat mengenai apakah punca kepincangan yang berlaku semasa penubuhan kerajaan perpaduan di Perak kini akhirnya saya memaparkan semua ini untuk dinilai dan difikirkan oleh semua masyarakat Islam dimana konsep perjuangan sebenar PAS: Walaupun didalam Fatwa mereka , mereka menegaskan jika berlaku persengkokolan diantara Islam dan kafir adalah haram.

BANGI 4 Mac – Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.

Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

“Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).

“Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.



“Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.

“Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.

Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek

Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.

Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,” katanya.

Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.

Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.

“Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat,” katanya

Posted on Sunday, March 07, 2010 @ 10:39:16 MYT by dkds
PAS Gadai Semuanya Demi Kuasa KAFIR | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

 
Related Links
· More about Isu Semasa
· News by dkds


Most read story about Isu Semasa:
Umno bahagian diberi tempoh hingga Sept ulas pindaan perlembagaan

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

Isu Semasa

 
Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak


(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.02 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::