myperak.net

Undilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
 
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
Your IP: 38.107.191.83

Welcome, Surat layang
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
10 September 2010 09:33:20 MYT (GMT +8)
 
Cytro Hulu Selangor Fb

CyTro Hulu Selangor

Promote Your Page Too

 
Facebook
myperak.net

Promote Your Page Too
 
Bulan Maulad MEMANG LEBIH BESAR Dari Bulan Ramadhan! 

Sekarang kita lihat Pas sanggup berbuat apa sahaja untuk melindungi rakan sepakatan, biarpun isu yang berbangkit adalah berkenaan Islam, sayang Pas kepada DAP melebihi sayang dan cinta mereka pada rasulullah..disini kami menyiarkan satu artikel yang dipetik dari seorang penulis yang bercondongkan fahaman politik Pas, namun kecintaannya pada Rasulullah melebihi ketaksuban membuta tuli dalam mempertahankan DAP...tuduhan bidaah terhadap perarakan menyanjung kelahiran Rasulullah satu hukuman yang amat berat bagi kita yang mencintai Rasulullah sebagai nabi yang membawa sinar kepada umat manusia, salahkah kita meraikannya dengan perkara-perkara yang mengingati dan menyebarkan kecintaan kita kepada Rasulullah?Mereka boleh berdemo untuk ISA, Teoh Beng Hock, Demokrasi tetapi mereka segan untuk mengadakan perarakan menunjukkan kecintaan pada Rasulullah..inilah Pas yang buta hati kerana DAP

http://tehranifaisal.blogspot.com

Sekiranya laporan ini benar, maka saya terpanggil untuk membetulkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'.

Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di
sini)

Datuk Nik Aziz dilaporkan menambah: "Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi." (Baca: Maulid ini konon bid'ah).



Saya amat terkejut dengan kenyataan ini jika ia benar. Saya akan memberikan sebab lojik mengapa bulan Maulud amat besar berbanding bulan Ramadhan.

i. Sila baca ayat 107 surah al-Anbiya: Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. Oleh kerana itu (rahmat) baginda adalah bukan untuk orang tertentu sahaja, bukan untuk sahabat sahaja tetapi untuk setiap manusia dan makhluk (apa sahaja). Bahkan untuk seluruh alam semesta, gunung ganang, dan sekian petala bumi dan langit. Melangkaui zaman dan batas sempadan. Untuk manusia dengan apa jua warna kulit dan agama. Ia merentasi setiap entiti yang tidak terfikirkan dek akal.

ii. Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan adalah malam turunnya malaikat, dan pemberian pengampunan yang besar tetapi tuan-tuan, kelahiran Rasulullah saw, kekasih Allah adalah jauh lebih besar daripada peristiwa tersebut. Kehadiran Nabi Muhammad jauh lebih penting daripada kejadian turunnya para malaikat. Bulan maulid adalah bulan anugerah Allah yang mempersembahkan Rasulullah untuk seluruh alam. Syafaat baginda mengatasi keampunan seribu lebih bulan. Ia valid dan relevan melebihi batas waktu.

iii. Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran, pewahyuan al-Quran amat bermakna buat umat Islam tetapi maulid adalah bermakna untuk seluruh alam semesta.

Memang beramal ibadat di bulan Ramadhan berlipat ganda pahalanya, tetapi mencintai Rasulullah saw (walau sekecil-kecil cara) terpandang di sisi Allah kerana baginda adalah kekasih-Nya. Kalau ada orang menyangka boleh meraih cinta Allah tanpa cinta Rasul maka ini pandangan batil.

Ajarlah agama yang sebenar kepada orang bukan Islam yang ramai dalam DAP.

Betul, UMNO mungkin tidak mengamalkan Islam sebenarnya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Tetapi PAS juga belum tentu (di mana jaminannya? siapa dapat jamin) mengamalkan Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Islam yang diturunkan kepada Rasulullah saw telah pun berubah dan menyimpang sehingga cucunda baginda, Saidina Husin melancarkan gerakan reformasi/revolusi berdarah yang menumpahkan darah ahlul bait Rasulullah saw. Tragedi di Karbala tersebut telah membuka mata ramai umat Islam pada waktu itu. Inilah misi sebenar Saidina Husin. Tuan-tuan ingat mengapa Saidina Husin yang mulia serah kepala di Karbala sampai terputus dari badan?

Kalaupun UMNO benar tidak mengamalkan Islam yang dipandu oleh Nabi Muhammad saw, tetapi paling rendah dan paling tidak, perarakan berserta selawat yang ada; setidak-tidaknya menunjukkan satu ekspresi kecintaan buat baginda Rasul, kekasih Allah. Jika eskpresi yang paling kecil dan rendah (tetek bengek dan remeh temeh) ini pun diperkecilkan dan dinafikan maka di manakah letaknya keimanan kita kepada Rasulullah saw? Biarlah orang yang ingin berarak menunjukkan kasihnya kepada Nabi Muhammad saw berarak dan berselawat. Siapa tahu selawat dan peluh ketiak ketika berarak itulah yang akan menjadi saksi di hadapan Nabi Muhammad, berbanding kononnya kerja harakah Islam puluhan tahun yang kini bersulam riak perasan dan takbur angkuh di hujungnya. Lebih buruk, kerja hempas pulas harakah Islam itu sudah dibayangi oleh muslihat politik yang kotor dan menjijikkan. Digelumangi oleh tingkah laku politikus yang memualkan.

Di akhirat nanti kita akan bangkit dengan kekasih kita. Jika kita cinta Rasulullah saw, maka kita Insya-Allah bangkit bersama baginda. Belum tentu tukang sapu sampah yang bermodal selawat terbuang di sisi baginda berbanding seorang khalifah atau menteri besar yang mendabik dada menjalankan Islam.

Jika tuan-tuan lebih cinta Mursyidul AM PKR maka tuan-tuan akan bangun bersama dengannya. Jika tuan-tuan lebih cinta khalifah Lim Guan Eng, maka bersama dialah tuan-tuan akan bangkit kelak. Jika tuan-tuan lebih cintakan Perdana Menteri, boleh bangkit di akhirat nanti dengan dia. Saya tak nak bangkit dengan semua di atas.

Tanya dengan pendosa mana sekalipun dia akan jawab hendak bangkit dengan Nabi di akhirat kelak. Itu tandanya bulan Maulud amat besar.

Saya, yakni kita nak bangkit dengan siapa?

Kita ingin bangkit bersama Rasulullah saw dan ahlul baitnya yang suci, iaitu Saidina Ali, anakandanya Saidatina Fatimah Zahra (penghulu wanita di syurga), Saidina Hasan dan Husin (penghulu pemuda di syurga). Rujuk bunting yang diarak anak-anak dalam foto di atas. Belajar meluahkan perasaan cinta kepada Nabi Muhammad, dengan cara paling kecil dahulu pun tidak mengapa.

* Mempertahankan cinta buat Rasul jauh lebih besar. Tidak, saya bukan juak UMNO. Saya juga tidak rela sebuah jemaah Islam punah ranah kerana strategi politik yang mencemarkan. Saya mencintai Islam yang sebenar-benarnya ditunjukkan oleh Rasulullah saw, dan dipeliharai oleh ahlul bait baginda serta sejumlah sahabat yang berada di jalan lurus.

Posted on Thursday, February 18, 2010 @ 14:10:01 MYT by dkds
Bulan Maulad MEMANG LEBIH BESAR Dari Bulan Ramadhan! | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

 
Related Links
· More about Isu Semasa
· News by dkds


Most read story about Isu Semasa:
Umno bahagian diberi tempoh hingga Sept ulas pindaan perlembagaan

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

Isu Semasa

 
Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak


(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.02 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::