Sepanjang menjadi Blogger, saya banyak membuat kajian keatas sikap pengundi atau sikap akar umbi terhadap kepimpinan bahagian, atau lebih mudah lagi mengkaji sikap dan peranan. Pada saya biarlah isu isu nasional dibawa oleh blogger-blogger yang lebih senior lagi daripada saya.
Pada hemat saya kajian dasar akar umbi ini adalah penting untuk memastikan kecenderungan pengundi didalam sesuatu kawasan pilihanraya. Kenapa mereka memilih dan kenapa mereka menolak sesaorang calun, kehendak, perhatian dan sikap adalah merupakan diantara tiga faktor yang acap kali di perkatakan.
Populariti sesaorang calun juga dilihat memainkan peranan yang penting didalam sesuatu kawasan pengundi. Akar umbi melihat setiap gerakan yang dilakukan oleh ketua-ketua bahagian / wakil rakyat yang berkhidmat dikawasan mereka. Disini kita akan dapat melihat bahawa Ketua Bahagian / Wakil Rakyat ini adalah seorang yang menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan sebagai tanggungjawab dirinya terhadap kawasan pengundi, ini bermakna mereka-mereka ini sentiasa melakukan siri lawatan dan mengambil berat permasalahan yang tinbul didalam setaip kawasan jajahannya. Mereka ini amat disenangi oleh segenap lapisan masyarakat pengundi.
Ketua Bahagian / Wakil rakyat yang sedemikian akan mendapat mandat dan restu daripada akar umbi untuk meneruskan lagi perkhidmatan mereka kepada akar umbi, dan mereka ini adalah penyumbang kepada kemenangan BN/UMNO didalam sesuatu Pilihanraya. Penolakan pencalunan keatas mereka ini akan meyebabkan satu akibat iaitu kekalahan BN/UMNO didalam pertandingan.
Kita lihat kembali sejarah yang lalu. didalam PRU 12 uang lalu, banyak perubahan darastik dilakukan di kebanyakan kawasan kawasan pengundian dimana calun calun popular telah diturunkan dan tidak di calunkan oleh pihak pentadbiran tertinggi. Ini adalah berpunca daripada sikap pecah dan perintah yang telah dilaksanakan di Putra Jaya dan dilakukan oleh sesaorang yang dikatakan mempunyai vision didalam percaturan politiknya dengan meletakan calun calun muda yang tidak popular untuk menerajui kepimpinan.
Aklibat daripada perubahan mengikut citarasa tersendiri ini tanpa memikirkan populariti calun didalam sesuatu kawasan- kekalahan yang amat memalukan telah diterima oleh BN/UMNO.
Terdapat juga ketua bahagian yang hanya mementingkan usul yang dicadangkan oleh orang-orang disekelilingnya sahaja, orang disekelingnya akan bertindak sebagai mata dan telingan bagi ketua bahagian- dengan cara ini ketua bahagian hanya akan menerima laporan daripada mereka tanpa perlu turun padang kecuali bila mana Menteri atau Sultan atau penjawat yang mebih besar daripada mereka akan membuat lawatan.
Dikala ini pada kebiasaan nya ketua bahagian akan membaca segala laporan didalam ucapannya untuk diwar-warkan bahawa segalanya adalah terbaik di kawasan mereka. Perkara ini banyak berlaku di bahagian bahagian umno di Malaysia. Berlandaskan sikap ini, akn berlaku banyak kes kes terpinggir yang tidak dapat diselesaikan, penyalahguaan peruntukan, rasuah, penyelewengan bantuan bantuan, penyelewengan hartanah dan banyak lagi kes kes yang melibatkan kepentingan akar umbi diabaikan.
Isu terbaru yang dipaparkan didada akhbar baru baru ini, sebanyak 4 juta lebih pengundi yang layak berdaftar sebagai pengundi masih belum lagi mendaftar, kenapa ini boleh berlaku? dengan tidak secara langsung menunjukkan bahawa Ketua Bahagian, ketua penerangan, ketua cawangan tidak melakukan tugas untuk membangunkan dan menguatkan parti. Pada hal pencalunan yang dibuat tersebut telah membariskan calun calun ntah mana negeri datang nya.
Semalam saya telah diberitahu bahawa ura ura pembuburan DUN Perak akan dilakukan selepas 9 february ini, apa yang telah dilakukan oleh ketua bahagian ialah mereka telah menetapkan calun calun tersendiri di kawasan ini dengan mencantas calun calun popular dikalangan rakyat. Guruh baru berdentum dengan serta merta tempayan sudah dikosongkan.
Apa pihak Bahagian lakukan pada tiap-tiap tahun, selain dari kempen menambah ahli dan dengan aktibiti-aktibiti mendampingi rakyat, nampaknya usaha untuk memastikan ahli baru mendaftar menjadi pengundi terlepas pandang kerana, pemimpin UMNO di Bahagian asyik mengatur kekuatan dirinya supaya kekal dipilih jadi Ketua Bahagian daripada menentukan kemenangan kerusi pilihanraya.
Kekal menjadi Ketua Bahagian UMNO seumor hidup lebih penting dari menentukan kedudukan kerusi pilihanraya, kerana dalam pilihanraya nanti belum tentu mereka itu dipilih jadi calun, tambahan pula sekiranya di Bahagian tersebut tradisinya BN selalu mendapat menang mudah
Cuba tanya semua Ketua UMNO Bahagian, siapa mahu berhenti jadi Ketua UMNO Bahagian hari ini secara sukarela, bahkan untuk mengistiharkan bila mereka mahu bersara untuk jadi Ketua Bahagian pun tidak ada, Ini semua kerana jawatan Ketua Bahagian sekarang ini adalah merupakan sumber rezeki yang mudah, kerana pemimpin parti atau pun menteri hanya akan memberi layanan kepada Ketua Bahagian untuk mendapat peruntukan ataupun projek.
Kalau orang itu tidak berjawatan apa-apa dalam parti diperingkat Bahagian dan tidak kaya jangan diharap dapat layanan yang baik dari para pemimpin ataupun menteri, kalau dilayan pun hanya sekadar ambil hati tapi apa yang diminta ataupun dipohon tidak akan diberi layanan untuk diluluskan, ada saja alasan yang diberi untuk mengelak dari diberi.
Kalau ditulis surat lagi parah, langsung tidak dijawab. hantar tangan pun tidak dijawab. saya ada bukti satu permohonan bertarikh 16 February 2009 tidak berjawab sampai kini- permohonan alatan bagi pembangunan dan kemudahan komuniti kepada Parlimen, belum lagi permohonan untuk sumbangan, untuk bantauan semuanya dipandang remeh kecuali yang menghantar surat tersebut ialah dikalangan pengikutnya.Apakah begitu sibuknya ketua bahagian / Ahli parlimen kita pada hari ini,
KPI untuk Ketua Bahagian perlu dulakukan, ini adalah untuk memastikan ketua bahagian akn berkerja untuk rakyat, bukan untuk balaci, bukan untuk pencacai. Ketua Bahagian diminta supaya hanya jangan pandai bercakap dan mengarah saja, mereka juga hendaklah bekerja supaya setiap rakyat yang berada didalam kawasannya mestilah didaftar sebagai pengundi dan sekiranya masih terdapat ada lagi rakyat yang tidak didaftarkan maka pucuk pimpinan mestilah mengambil tindakan merihatkan mereka itu dari meneraju kepimpinan Bahagian.
Kepada kepimpinan terbaru, Dato Najib seharusnya bertindak adil dan tegas kerana masih ramai lagi orang yang mampu mengalas tanggongjawab untuk memperkasakan parti supaya UMNO akan terus memerintah negara Malaysia ini