Berdebarlah hati si Ir Nizar bila mengetahui bahawa tarikh yang dinyatakan itu mahkamah akan membuat keputusan kes yang tertangguh lama berkenaan isu jawatan MB.Besar sungguh pengharapan Ir Nizar untuk agar keputusan yang dilakukan oleh Dato Alauddin, Dato Ariffin Zakaria, Dato Zulkifli Makinuddin, Dato Hamid Embong dan Dato Ghazali Yusoff berpihak padanya
Kita pun boleh tahu jenis manusia bernama Ir Nizar ini, jenis manusia yang hanya menyakini keadilan sekiranya keputusan berpihak pada mereka, hanya mereka sahaja yang layak diberi keadilan dalam segala-gala keputusan baik mahkamah, sprm, polis dan undi...bila tidak memihak pada mereka mula lah dihambur segala maki hamun dan kata caci nista buat-buat pengubal keputusan dan penguatkuasa yang membelasah mereka...
Seperti yang ditulis oleh blogger merentas gelombang Nizar mengambil masa untuk menjawab ketika wartawan bertanya andai kata keputusan mahkamah tidak memihak padanya. namun tak susah nak ramal apa jawapan diberikan.Yang menjadi persoalannya apakah Ir Nizar ini boleh menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh mahkamah nanti?
Jika di baca dalam Blognya Ir Nizar mengunakan bahasa berbunga-bunga untuk berselindung, yang pasti perkataan RAKYAT tak pernah miss untuk memperjelaskan keputusannya nanti...paling menarik ayat yang dipakai oleh IR Nizar adalah Saya tidak gila kuasa dan saya tak mahu pegang kuasa selagi ianya tidak halal, bersih dan tulin atas keputusan pilihan rakyat. Dia sedar bahawa selama ini rakyat perak mengelar dirinya sebagai GILA KUASA.
Kami berharap agar rakyat Perak semuanya bersabar dan menerima keputusan oleh mahkamah nanti supaya perkara dibawah ini tidak berulang lagi
