myperak.net

Undilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
 
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
Your IP: 38.107.191.82

Welcome, Surat layang
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
10 September 2010 08:44:36 MYT (GMT +8)
 
Cytro Hulu Selangor Fb

CyTro Hulu Selangor

Promote Your Page Too

 
Facebook
myperak.net

Promote Your Page Too
 
Bila Hati telah diTarah- Ubati segera!!! 
rmf7 writes

Sepanjang pagi, menyelami hati dan perasaan akar umbi dengan menjelajah disegenap lapisan masyarakat untuk mengetahui apakah yang sebenarnya  tersirat didalam lubuk hati mereka menyebabkan Perak mengalami kekalahan  pada PRU12 dan mengakibatkan sistem pentadbiran berubah tangan.

Bermula saat itu, UMNO/BN masih lagi tercari cari dimanakah silapnya, Pencarian ini masih lagi belum  menemui keputusan  diperingkat UMNO Bahagian dan Cawangan kerana mereka yang berada ditampok kepimpinan masih lagi mengamalkan sistem yang sama dan tidak berubah.

Episod pemerintahan Pak Lah telah menjerumuskan banyak kesilapan yang amat ketara dimana pengkronian yang amat dasyat sehingga  meminggirkan hak hak akar umbi demi mementingkan kroni. Percaturan calun yang telah dibuat diatas desakan desakan pihak atasan telah memperlihatkan  penyingkiran pemimpin yang disukai oleh rakyat dan memasukkan calun calun yang bersifat kroni.



Sepanjang itu lah akar umbi dipinggirkan dan tidak dihargai. Terlalu banyak kes kes terpinggir yang  akhirnya tidak dipedulikan langsung. Akibatnya akar umbi telah membuat keputusan tidak menyokong perjuangan yang dinobatkan oleh UMNO/BN.

Melalui perjalanan saya sepanjang dua hari ini, saya dapat meyelami apakah yang tersirat daripada golongan golongan ini.Kebanyakan nya mereka berkata sebagai warga tua mereka seakan ridak mendapat tempat didalam perjuangan parti, ada diantara mereka  yang sidah terlalu uzur dan tidak dipedulikan oleh kepimpinan Bahagian yang mana lebih mementingkan golongan-golongan muda didalam memberikan apa juga kemudahan dan bantuan. Bantuan kepada mereka ialah semasa hendak menyambut hari raya sahaja dan semasa undi mereka diperlukan.

Kita dapat melihat bagaimana mewahnya golongan belia menerima apa juga sumbangan daripada Parlimen, Ketua Bahagian diodalam program program yang hanya untuk seketika dan tiada  pencapaian maksud yang berpanjangan, sebagai contoh acara pemuda, puteri dan bahagian yang lazimnya dijalankan. Bowling, Badminton, Futsal, Bola sepak, bola jaring.bersukaneka, rombongan dan diantara semua ini kebanyakan nya peruntukan dikeluarkan oleh ketua bahagian, Parlimen tetapi bagaimana pula dengan kes kes luarjangka seperti sumbangan melanjutkan pelajaran, rumah runtuh, pembangunan ilmu untuk komuniti.

Pada kebiasaan nya perkara tersebut tidak mendapat tempat dihati ketua ketua bahagian (bukan semua) dan Parlimen. Ini lah golongan yang selalunya memendam  dendam dan menyarankan keluara mereka  tidak mengundi  kepada UMNO/BN. Kebanyakan daripada isu yang dibangkitkan ialah :

1. Warga Tua - Bantuan bulanan untuk mereka yang sudah tinggal tanpa anak.

2. Warga Pertengahan-  Isu permohonan rumah, bantuan - kebanyakannya dibekukan oleh pengikut Pak Lah  - tiada feedback langsung. Agihan tanah tanah untuk rakyat yang tidak mempunyai tanah. keutamaan kepada  yang kaya  dan berkepentingan dibahagian.- Tiada sokongan bagi mendapat sumbangan anak anak untuk melanjutkan npelajaran. Perkara ini telah banyak saya saksikan dengan alasan- tiada peruntukan.

3. Warga Muda- terlalu banyak  pembaziran didalam  aktiviti tanpa hasil yang boleh dibanggakan. Begitu juga dengan pembaziran yang dilakukan oleh Pemuda Bahagian didalam sukan wajib mereka Bowling, badminton dan sebagainya. Ini belum lagi  rombongan selepas pemilihan bahagian ke Medan, Padang, Jakarta.

Jadi apabila ini dilihat oleh akar umbi mereka merasakan diri mereka di aniaya oleh kepimpinan- Keutamaan terhadap rakyat telah di sisihkan- Pemberontakan didalam PRU12 telah menghukum BN/UMNO semua.

Jadi, dengan kesilapan ini , kesilapan yang dilakukan oleh Pemuda yang berteraskan Khary Jamaluddin sememangnya telah tertolak oleh pengundi dimasa ini. Sebagai langkah yang perlu untuk menarik kembali sisa perjuangan mereka , warga tua ini mesti  dihargai dan sekurang nya  di jengah untuk mengubat guris tersebut.

Kepada UMNO perhubungan Negeri seharusnya melihat perkara ini secara mendalam, bukan secara mendatar, kerana  dengan setiap calitan mereka ini memungkinkan BN/UMNO akan berkuasa kembali di Perak.

Saya melihat dengan jelas bagimana seorang tua berkata," sebijik garam pun aku tak merasa  daripada bantuan mereka", mereka pentingkan  orang orang muda, kami dah tuaa... Jika kita fikirkan kembali, apalah salahnya jika pemimpin  yang diwakilkan menjadi wakil kepada mereka menjengah dan meluangkan sedikit masa atau separuh masa mereka bersama mereka ini untuk mengubati luka yang dilakarkan dizaman pak lah dahulu?

Ini tidak, ada pemimpin diperingkat bahagian sanggup berkata, apa juga rintihan tersebut tidak akan menjejaskan  mereka, Tidakkah ini sesuatu yang angkuh dan sombong?

Delegasi Pak Lah yang menjadi kebencian pengundi seharusnya dipadamkan didalam arena politik  untuk memastikan kesinambungan  pemerintahan UMNO/BN di Perak. Mereka masih lagi tidak menerima keadaan sekarang dimana peralihan kuasa telah berlaku. Mereka masih lagi beranggapan bahawa mereka masih lagi dipinggirkan seperti yang telah terjadi  dizaman Pak Lah.

Jarang sekali kita mendapat cerita yang sedemikian dizaman Tun Dr Mahathir, ini adalah kerana dengan ketegasan Tun terhadap kepimpinan bawahan telah memberikan kesan kepada wakil rakyat untuk bekerja keras memastikan setiap daripada  akar umbi menerima hak hak yang sepatutnya.

Tindakan nya.. semua pemimpin seharusnya meyelami apakah yang sebenarnya berlaku sehingga  mereka boleh berkata" Sebolehnya BUKAN UMNO"- Tugas kita kini ialah memastikan mereka berkata semula"SEMESTINYA UMNO'

Posted on Monday, January 25, 2010 @ 20:31:51 MYT by dkds
Bila Hati telah diTarah- Ubati segera!!! | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

 
Related Links
· More about Isu Semasa
· News by dkds


Most read story about Isu Semasa:
Umno bahagian diberi tempoh hingga Sept ulas pindaan perlembagaan

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

Isu Semasa

 
Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak


(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.05 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::