Setelah sembilan bulan mengambil semula tampok pemerintahan negeri Perak daripada pihak pembangkang, pelbagai usaha telah dirancang untuk memberikan satu perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Segala usaha ini bukan sahaja ditumpukan kepada seluruh rakyat negeri Perak ianya direncanakan didalam pelbagai struktur untuk menarik kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN/UMNO dan juga menarik minat pelabur tampil kembali melabur didalam negeri Perak.
Budaya tunggu dan lihat bukan lagi menjadi agenda penting didalam pentadbiran Dato Zambry malahan beliau mahu semua yang terlibat bekerja keras didalam semua struktur sehingga keakar umbi.
Rakyat telah memberikan satu pengajaran yang amat berguna kepada kepimpinan BN/UNMO negeri Perak dimana kekalahan didalam pilihanraya 12 dulu telah membuktikan bahawa rakyat tidak senang dengan karenah Ketua, Ketua Bahagian yang mana memberikan kepentingan terhadap kroni sahaja sehingga meminggirkan golongan akar umbi yang amat memerlukan.
Slogan Juara Rakyat ini sepatutnya diklasfikasikana sebagai satu dorongan dimana ianya memerlukan tokoh tokoh kepimpinan yang berjiwa rakyat untuk menyelami hati dan nurani, keperluan rakyat dan kehendak rakyat yang mewakili mereka.Juara rakyat akan lebih bermakna jika kepimpinan bahagian melakukan siri lawatan atau turun padang bertemu dengan rakyat untuk menyelami masalah yang mereka hadapi. Meyelami corak kehidupan mereka sedikit sebanyak akan membuka hati mereka untuk menerima semula kepimpinan yang tercalar dahulu.
Juara Rakyat juga tidak akan memberikan makna yang jelas dengan hanya mengadakan karnival, pesta sedangkan rakyat benar benar memerlukan perhatian tiada disana. Cukup lah majlis perlancaran diadakan sekali sahaja diperingkat bahagian pada hemat saya memadailah dengan siri penerangan dilakukan tanpa banyak melakukan pembaziran melalui karnival atau pesta. Adalah lebih molek jika semua budget tersebut disalurkan kepada kes kes yang memerlukan tindakan segera.
Pada hari ini, saya bersama Dato Nasaruddin bin Hashim dan disertai dengan Warta Perak, Harian Sinar, Penerangan bersama meyelami hati dan perasaan rakyat dibawah naungannya dengan siri lawatan dan mendengar rintihan rakyat didalam acara Gotong Royong di Padang Changkat, lawatan ke Kampung Orang Asli dan lawatan ke rumah keluarga termiskin. Ini merupakan satu aktivi yang acapkali dilakukan oleh ADUN Bota untuk bersama rakyat.
Disatu sudut lain pula, peranan blogger didalam mendedahkan kelemahan-kelemahan kepimpinan peringkat Bahagian dan negeri hendaklah diterima secara terbuka oleh pihak pemerintahan negeri dan bahagian. Pendedahan yang dibuat oleh blogger blogger bukan bertujuan untuk menjatuhkan kepimpinan tersebut akan tetapi ialah untuk menyedarkan kepada mereka bahawa sebagaimana yang disarankan oleh Dato Seri Najib yang mahukan satu barisan kepimpinan yang tidak mementingkan diri sendiri, berjiwa rakyat seterusnya akan menjadi Juara kepada Rakyat. Jika saranan Blogger ini dipandang sepi oleh mereka, maka apa juga slogan tidak akan tercapai matlamatnya .
Pertemuan rasmi seharusnya dibuat untuk menyelaraskan tindakan kerajaan dan blogger selari dgn strategi untuk melawan pembangkang didalam pelbagai isu. Tidak semua blogger yang menulis dan mengkritik adalah pro kepada pembangkang- tetapi mereka bertindak sedemikian adalah kerana mereka ingin kan satu barisan kepimpinan yang betul betul berjuang untuk Agama , bangsa dan negara dan pemimpin ini berani meyuarakan pandangan yang bertentangan untuk dikaji keberkesanannya tanpa takut kehilangan jawatan demi untuk bangsa.
Saya berani menyatakan bahawa jika semua ini dapat digabungkan dan kerjasama disemua peringkat dan golongan nescaya pada pilihanraya akan datang BN/UMNO akan mendapat mandat semula untuk menerajui negeri ini.
Perubahan sikap dan kepimpinan seharusnya dilakukan, Kepimpinan yang mempunyai banyak masalah , scandel hendaklah diturunkan dan digantikan dengan satu pilihan yang berjiwa rakyat. Jika masih ada berlaku kepincangan yang ketara hendaklah ditangani dengan cara yang berhemah, Pemimpin yang tidak membuat "Home Work" disarankan agar dihantar kursus jati diri yang dikendalikan oleh Tentera agar mereka tahu apakah yang dinamakan perjuangan yang sebenarnya.
Kepada Dato Seri Najib, saya sarankan disini agar semua kepimpinan UMNO/ BN dimasa akan datang diwajibkan menyertai kursus jati diri yang dikendalikan oleh tentera darat/ komando selama 3 bulan jika berhasrat untuk menjadi calun bagi rakyat. Dengan cara demikian mereka akan tahu pahit maungnya untuk menjadi seorang pejuang, pahit maung nya ketika susah dengan tidak secara langsung akan menyedarkan mereka erti perjuangan yang sebenarnya.