myperak.net

Undilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
 
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
Your IP: 38.107.191.81

Welcome, Surat layang
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
10 September 2010 08:46:00 MYT (GMT +8)
 
Cytro Hulu Selangor Fb

CyTro Hulu Selangor

Promote Your Page Too

 
Facebook
myperak.net

Promote Your Page Too
 
Raja Nazrin minta umat Islam padamkan kontroversi sebelum merebak 

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru umat Islam supaya berusaha memadamkan segera perkara-perkara kontroversi di peringkat awal supaya tidak merebak hingga boleh mencetuskan konfrontasi.

"Perkara-perkara berunsur kontroversi tidak harus dipandang kecil malah hendaklah dipadamkan segera di peringkat awal dari dibiarkan merebak," titah baginda ketika merasmikan persidangan ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di sini, hari ini.

Baginda bertitah, bahawa sejarah membuktikan bahawa peperangan dan pertentangan bermula dari perkara-perkara kecil di mana perkara-perkara yang bersifat kontroversi sangat mudah menjemput reaksi yang akan menambah jurang salah faham malah berpotensi mencetuskan suasana konfrontasi.



"Sedarilah bahawa api yang besar lagi memusnahkan bermula dari bara-bara kecil yang gagal dipadamkan. Kembalikanlah minda untuk mencapai kejayaan sejati yang tidak menjejaskan keharmonian insan dan perpaduan warga dari sifat tidak mahu berganjak semata-mata untuk mempertahankan ego masing-masing yang akhirnya mengakibatkan kesemua pihak menanggung rugi," titah Raja Nazrin.

Menurut baginda, Islam adalah agama perpaduan dan perpaduan adalah faktor yang sangat diutamakan.

Perpaduan adalah elemen untuk menjamin hubungan antara insan dapat berlangsung secara harmoni dan ia akan dapat dicapai melalui sifat persefahaman dan saling menghormati, titah baginda.

Raja Nazrin bertitah, bahawa perkara-perkara yang boleh meningkatkan persefahaman wajar disuburkan dan perkara-perkara yang boleh menimbulkan persengketaan hendaklah dielakkan.

Baginda juga mengarahkan MAIAMP membuat analisis lengkap tahap pencapaian tahun lalu dengan melakukan bedah siasat secara jujur untuk menerima hakikat kelemahan yang berlaku sepanjang 2009.

"Kesalahan dan kesilapan tidak harus cuba dilindungi kerana tindakan cuba menutup kesalahan dan kesilapan akan memberikan petanda salah yang akan menggalakkan berlakunya kesalahan dan kesilapan lebih besar," titah baginda. - Bernama

Posted on Friday, January 15, 2010 @ 00:28:30 MYT by dkds
Raja Nazrin minta umat Islam padamkan kontroversi sebelum merebak | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

 
Related Links
· More about Isu Semasa
· News by dkds


Most read story about Isu Semasa:
Umno bahagian diberi tempoh hingga Sept ulas pindaan perlembagaan

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

Isu Semasa

 
Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak


(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.02 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::