Penulisan kali ini agak berbeza dari sebelumnya, kali ini saya menulis mengikut kata hati kecil ini- apa yang terkeluar dari benak hati itu lah yang di lakarkan disini.
Hari ini kita memandang jauh kehadapan, hari ini juga kita melangkah maju , mara tanpa memperdulikan apa yang kita tinggalkan, biarkan semua itu menjadi isi dalam lipatan sejarah. Dato Seri Najib telah mula mengatur barisan untuk membentengkan perjuangan yang diwarisi sedekad yang lalu.
Tanpa menoleh, tanpa prejudis dia membenamkan nekad untuk bersama rakyat , bersama memahami hati budi rakyat, memahami penat jerih rakyat, memahami segalanya untuk rakyat, Namun ada suara sumbang yang menikam dari belakang, orang orang harapannya menikam, orang orang harapannya menjadi gunting dalam lipatan, semua ini di tangani dengan gaya seorang melayu, Mendahulukan bicara sopan agar tidak semua terguris perasaan.
Masa tetap berlalu hari demi hari, gunting dalam lipatan menjadi kudis yang membuakkan nanah nanah hanyir didalam parti. Jika tidak dibunag dan diubati kudis ini, nanah nanah ini akan merebak kedalam anggota tubuh yang lain dan merosakkan perjalanan darah.
Dato seri Najib mesti memotong anggota yang berkudis ini agar ianta tidak menjadi cabok yang tidak boleh diubati lagi, Potong!! Potong!! Potong!! jangan biarkan ianya merebak. Pemulihan anggota badan seharus dilakukan dengan cepat.
Kini rakyat telah menghakimi pemimpin ini, mereka melihat gerak laku , rentak tari yang dimainkan oleh pemimpin yang mana dahulu bersuara lantang melaungkan perjuangan dan pembelaan terhadap mereka. Seperti kata perpatah “Habis Manis Sepah dibuang” ini lah nasib yang dialami oleh rakyat setelah secalit undi diberikan kepada mereka.
Jelas terpacar diwajah wajah terpinggir yang sekian lama mengharapkan simpati dari kekangan kehidupan yang semakin hari mencengkam naluri. Pemimpin ini tetap dengan gaya sombong tidak lagi menoleh kebawah, kuasa yang telah diberikan tidak dipertanggungjawabkan, tidak dapat dinikmati oleh rakyat- Balaci tersenyum lebar -poket kian membusung kekenyangan-
Ada diantara mereka melarikan diri daripada rakyat, kesibukan projek kekayaan diri mula menular didalam jiwa, rakyat ditinggalkan sepi.
Juara Rakyat dislogankan oleh pemimpin tertinggi , rakyat dikatakan diutamakan, berjayakah misi hebat ini, jika masih ada ruang untuk pemimpin yang dinyatakan diatas?
Kepada Dato seri Najib, bertindfaklah sebelum slogan menjadi petaka terhadap parti, bunagkan nanah-nanah ini- Buangkan!!! buangkan!!!Ini adalah permintaan rakyat-
Perjuangan kita masih belum selesai, pengkianatan dilakukan oleh bangsa kita, bangsa yang berpakaian baju melayu, bangsa yang dahulunya lembut dan berhemah , kini segolongan bangsa ini telah dirasuk oleh perasaan yang dibawa oleh seorang Melayu yang membawa ideologi yang agak songsang dengan budaya ketimuran kerana untuk segengam kuasa. Bangsa melayu di musnahkan dengan perkataan dan perbuatannya. Siapakah mereka ini yang sebenarnya.
Barat tersenyum lebar, jawatan dan pujian melambung diberikan, keangkuhannya dapat dilihat, agama di sisihkan demi perjuangan, barat diagungkan bangsa di pecahkan.Apakah tiada sedikit ruang bagi mereka untuk memikirkan nasib anak , cucu, cicit akan datang jika semua perjuangan tersebut membinasakan negara.
Perjuangan belum selesai lagi, ayuh bangsaku yang masih belum lena dengan pujian , kita bangun bersama, kita rapatkan barisan, kita hunuskan kata perjuangan. Untuk siapa?
Semua ini adalah untuk Agama, Bangsa dan Negara.
Ayuh Dato seri Najib, marilah kita bersama menyingkirkan petualang yang telah lama berakar didalam bangsa kita , didalam barisan kita, didalam saf kita untuk kepentingan rakyat yang menjadi hakim kepada setiap perjuangan kita.