myperak.net

Undilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
 
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
Your IP: 38.107.191.83

Welcome, Surat layang
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
10 September 2010 08:27:26 MYT (GMT +8)
 
Cytro Hulu Selangor Fb

CyTro Hulu Selangor

Promote Your Page Too

 
Facebook
myperak.net

Promote Your Page Too
 
Juara Rakyat : Satu Penilaian 
rmf7 writes

Setelah slogan 1 Malaysia dilancarkan dengan gahnya  didalam pemerintahan Dato Seri Najib sebagai kerangka hala tuju konsep pemerintahan yang berlandaskan perlembagaan untuk semua golongan di negara ini.

Walaupun demikian ianya masih tidak mendapat tempat dihati sebahagian daripada rakyat yang hanya mengkritik tanpa memberikan satu cadangan penambah baikan  dari pelbagai sudut. Mereka ini adalah pembangkang dari golongan franatik.

1 Malaysia mencerminkan  satu gerakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan mengamalkan konsep keakraban sesama mereka dan menjalankan tanggung jawab bersama didalam pelbagai sudut pandangan.



 

Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan  iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’

Hari ini, Juara Rakyat pula dilancarkan bagi mengemaskan kesinambungan daripada konsep 1 Malaysia yang dilancarkan tidak lama dahulu. Juara Rakyat adalah rentetan daripada respon daripada rakyat kepada pemenrintahan negara, rakyat bersuara untuk mendapatkan pembelaan yang sewajarnya. Didalam konsep Juara Rakyat ini pemimpin dinasihatkan agar tidak lupa bahawa kedudukan mereka  diatas sana adalah daripada kepercayaan rakyat untuk menjadi wakil mereka didalam apa juga aspek yang berkaitan dengan rakyat.

Untuk benar-benar menjuarai kehidupan rakyat bukan slogan main-main kerana ia memerlukan dokongan kedua-dua pihak, lebih-lebih lagi di pihak rakyat. Jika slogan ini tidak direalisasikan dengan sebaik mungkin  nescaya kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan parti atau pemerintah akan luntur dan akan menjadikan UMNO terus tidak mendapat mandat didalam PRU nanti.

Slogan atau tema ini mungkin sengaja dipilih bagi menjamin UMNO terus menjuarai kehidupan rakyat. UMNO perlu meneruskan tradisinya membela rakyat, membangunkan negara dan menjadikan rakyat sebagai keutamaan melalui tradisi membela rakyat.

UMNO sedar dan menghargai setiap kesinambungan politik itu adalah  ditentukan oleh rakyat, dan rakyat lah penentu segalanya. Dengan demikian UMNO menyuarakan sudutpandangan tersebut dengan slogan Juara Rakyat-

Persoalannya disini, apakah pemimpin pemimpin umno diperingkat Negeri, Bahagian dan Cawangan mampu untuk  menterjemahkan slogan ini dengan rasa tanggung jawab kepada rakyat, atau mereka akan menterjemahkan dengan hanya rasa terpaksa kerana jawatan yang mereka sandang atau menterjemahkannya  untuk mengekalkan kuasa diatas jawatan. Ahli Umno mesti  melakukan perubahan pada keperibadian dan sikap masing-masing serta sanggup mendekati dan bekerja keras untuk kesejahteraan rakyat

Perkara ini telah dapat dilihat dimasa masa yang lalu, telah dapat dinilai perilaku pemimpin-pemimpin ini dengan sikap menonjolkan diri  didalam sesuatu aktiviti yang dijalankan  untuk diberikan perhatian bukan atas dasar tanggungjawab.

Juara Rakyat  bukan sahaja tidak memerlukan pemimpin ini malahan Dato Seri Najib seharusnya membuat menilaian  dan keputusan yang agresif untuk memastikan slogan Juara Rakyat dapat mencapai matlamat yang sebenarnya. Dalam menjamin rakyat tidak ‘tawar hati’ atau menolak UMNO n ini perlu dijayakan dan jangan ia menjadi slogan pilihan raya dan ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.

Pihak pembangkang hanya menunggu saat dan ketika sahaja untuk membuat tagukan  diatas kegagalan slogan Juara Rakyat ini. Mereka sedang melihat segala tindak tanduk yang dilakukan oleh kepimpinan parti yang mana akan dijadikan modal untuk meraih undi didalam pilihanraya nanti.

Didalam sebuah lama web pembangkang, dengan jelas menyatakan bahawa slogan Juara Rakyat adalah berkonsepkan Jual Rakyat dimana  pemimpin daripada UMNO akan melakukan perkara yang sama dimasa dahulu iaitu menipu rakyat jelata.

Perbagai persoalan yang akan timbul didalam kenyataan ini, apakah pihak pembangkang tidak dapat menerima walupun sedikit kebaikan yang dilontarkan demi untuk menjalinkan sat ikatan kepercayaan yang amat di nantikan oleh rakyat.

Slogan Juara Rakyat adalah bertujuan untuk menyatakan kepada rakyat bahawa UMNO dan pemimpin  mahu melakukan perubahan sebagaimana yang di runguti oleh rakyat sebelum ini. Melakukan perubahan bermaksud ialah melakukan sesuatu yang menjadi teras kepada tanggung jawab yang sebenarnya sebagai pemimpin.

Jika perubahan ini dihasratkan, maka satu tindakan semestinya dilakukan, bagaimana? Disinilah slogan Juara Rakyat dinyatakan, menyatakan  bahawa kepentingan rakyat didahulukan disamping pencapaian didalam apa juga benbtuk infrastruktur dilakukan- semua ini adalah untuk kepentingan rakyat.

Apakah ini satu tindakan yang salah? walau pun begitu UMNO seharusnya tidak leka dan lali dengan slogan ini, UMNO mesti memastikan setiap program yang dilancarkan di realisasikan secara  jitu diperingkat akar umbi.

Apabila slogan ini di lancarkan, ketika ini juga rakyat mula membuat penilaian dan perkiraan dengan melihat penyelewengan yang bakal berlaku dan akan dilakukan oleh pemimpin bawahan ini.

Akhir sekali, Apakah benar UMNO ini juara rakyat? Jika benar, pastikan pemimpin yang tidak menjalankan tanggung jawab dan pemimpin yang sentiasa menjadi sebutan rakyat kerana  berkepentingan diri seharusnya di singkirkan. Slogan ini bukan hanya sekadar slogan tetapi masih mengekalkan nanah didalam kudis yang akan  menjadikan cabok didalam UMNO.

UMNO perlu peka sekarang, bukan mudah untuk memenangi semula hati rakyat yang telah terguris dengan perilaku pemimpin dahulu. Bayangan mereka ini harus dilenyapkan didalam UMNO- Selagi mereka ada  JUARA RAKYAT akan hanya tinggal  ucapan sahaja tetapi tidak diterima oleh rakyat

 

 

Posted on Saturday, January 09, 2010 @ 19:50:23 MYT by dkds
Juara Rakyat : Satu Penilaian | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

 
Related Links
· More about Isu Semasa
· News by dkds


Most read story about Isu Semasa:
Umno bahagian diberi tempoh hingga Sept ulas pindaan perlembagaan

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

Isu Semasa

 
Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak


(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.02 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::