Seperti mana diketahui Pas hanya menjadi pak turut kepada DAP dan PKR dalam melaksanakan agenda mereka. Pihak DAP dan PKR mengetahui kekuatan Pas dalam mengumpulkan tentera-tentera demotrasi yang besar ,ampuh dan berani mati atas sifat yang demikian , Anwar terpaksa menggunakan pengaruhnya untuk memaksa Pas melalui lajnah politiknya supaya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak kristian.
Berhadapan dengan demo yang dirancang oleh NGO-NGO islam yang membantah, Pas terpaksa menganjurkan satu demo bagi mengalih perhatian umat islam di Malaysia tentang isu yang mereka gagal menjadi juara akibat ketaksuban kepada anwar ibrahim. Tindakan terdesak mereka ini sebenarnya mengundang persoalan, apakah mereka benar-benar ikhlas atau hanya menjadi pak turut sahaja?
Dunia mengetahui bahawa konvoi viva palestine adalah gabungan badan badan bukan kerajaan yang prihatin terhadap kesengsaraan penduduk di Palestine, akibat kekejaman tentera zionist israel.Konvoi berkenaan dianggotai 416 sukarelawan dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom,Turki.
Adakah Pihak Pas terlibat dalam konvoi ini? rasanya tidak ,konvoi ini tidak membabitkan mereka ironiknya ia membabitkan Pertubuhan Perdana Global Peace yang diketuai oleh Tun Mahathir Mohammad.Sedang dunia mendesak kerajaan Mesir untuk membenarkan konvoi tersebut memasuki sempadan ke Gaza, Pas bergelumang dengan isu dalaman parti yang kronik.Peristiwa ini berlaku sebelum penghabis tahun 2009.
Berbalik pada tajuk asal , Pas yang begitu tertekan dengan perubahan sokongan terdesak untuk menjadi HERO dalam isu yang boleh dijadikan bahan sensasi oleh media bagi menggenelamkan demo-demo yang dianjurkan oleh NGO-NGO islam terhadap isu penggunaan kalimah Allah.Tanpa mereka berfikir panjang, pada 6hb januari....mereka merancang menganjurkan demotrasi bagi mendesak Mesir.

Malangnya pada hari yang sama cuma jarak waktu antara mesir dan malaysia berbeza..konvoi telah dibenarkan masuk ke gaza.dalam erti kata yang lain, mereka gagal untuk menjadi juara dalam isu tersebut sehingga tidak mampu untuk mengubah perancangan yang telah dirancang.Maka dengan muka tebal dengan hati yang berat mereka cuba berdalih hanya sebahagian sahaja konvoi dibenarkan ke Gaza. Tak kisahlah apa pun yang jelas mereka kelihatan seperti badut kehilangan trompet. Demo yang tiada matlamat dan isu untuk diperjuangkan.
Mungkin ini sebagai peringatan kepada mereka, bahawa isu dalaman yang membabitkan penggunaan kalimah allah harus jadi keutamaan sebagai umat islam di Malaysia.Isu yang menyentuh soal akidah.Mereka mungkin boleh melarikan diri untuk memperjuangkan isu yang lain, namun keterlibatan Pas di peringkat antarabangsa tidaklah sehebat peranan Pertubuhan Perdana Global Peace yang turut menyertai konvoi tersebut.Orang yang Pas benci dan hina ketika dahulu tidak pernah berpaling dari menolong Umat islam dan masyarakat Palestine walaupun terpaksa berjuang sebagai NGO.
Buat Dewan pemuda Pas, cubalah belajar untuk berpolitik dan berdakwah...jangan gadaikan Agama Islam demi kepentingan politik anwar ibrahim.