myperak.net

Undilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
 
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
Your IP: 38.107.191.82

Welcome, Surat layang
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
10 September 2010 09:26:00 MYT (GMT +8)
 
Cytro Hulu Selangor Fb

CyTro Hulu Selangor

Promote Your Page Too

 
Facebook
myperak.net

Promote Your Page Too
 
UMNO Juara Rakyat, benarkah? 

UMNO merangka  satu initiatif yang berterusan sepanjang tahun yang akan meliputi pelbagai jenis bidang seperti pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi.Program yang dinamakan UMNO JUARA RAKYAT akan dilancarkan pada 9hb januari 2010 ini.

Pihak UMNO akan mempelawa parti-parti kompenan agar menyertainya agar dapat dilaksanakan dengan  lebih berkesan diperingkat bahagian.program i ini bertujuan untuk memulihkan imej UMNO yang tercalar selepas PRU yang ke 12.

Persoalannya adakah program ini mampu memulihkan imej dan memberi impak kepada rakyat ?

Sebenarnya banyak perkara yang perlu diberi perhatian disebalik perlancaran program ini. Banyak perkara yang bermain dibenak fikiran rakyat apakah benar-benar UMNO JUARA RAKYAT atau hanya sebagai penyedap bagi resepi pemulihan UMNO sahaja.



Rakyat sekarang terhidang dengan berita-berita kurang menyenangkan mengenai UMNO, UMNO diselubungi dengan kisah-kisah pemimpin yang rasuah, pemimpin yang seleweng,  pemimpin yang besar kepala, pemimpin yang tidak pernah ada dikawasan mereka, pemimpin yang hanya mementingkan diri.

Rakyat bukan lagi mahu digula-gulakan dengan program-program yang menyesakkan jiwa, momokan tentang sejarah-sejarah kegemilangan, cerita-cerita fantasi tentang kemolekan UMNO namun hakikatnya pemimpin-pemimpin di peringkat bahagian masih gagal untuk menampakkan muka dikawasan masing-masing. UMNO harus belajar dari pemimpin munafik Pas dan PKR dalam mengambil hati rakyat.Cerita bagaimana senangnya rakyat berhubung dengan pemimpin Pas dan PKR tanpa perlu sebarang protokol dan halangan bukanlah satu mitos.Layanan mereka kepada rakyat sehingga kerumah bukan satu dogengan.

Berapa ramai pemimpin UMNO sekarang yang sanggup mendengar suara rakyat?

Apakah perlaksanaan program-program dan projek pembangunan yang dijayakan mampu mendekatkan rakyat kepada UMNO sedangkan kepimpinan Bahagian masih lagi membina tembok diantara mereka dan rakyat .

Apakah program yang dilancarkan nanti tidak akan mengenepikan rakyat dan hanya akan menguntungkan segelintir pihak yang berkepentingan didalam kepimpinan bahagian nanti?

Walau apa pun persoalan, kita berharap agar program yang dilancarkan mampu memikat minda rakyat untuk terus memberi sokongan pada UMNO dan BN supaya memimpin negara dan negeri ini agar lebih maju dan makmur.

Setinggi tahniah kepada Presiden Parti atas usaha dan initiatif untuk memulihkan imej UMNO walaupun ada sebilangan kepimpinan bahagian masih lagi tidak mahu berubah.

 

 

 

Posted on Thursday, January 07, 2010 @ 20:18:28 MYT by dkds
UMNO Juara Rakyat, benarkah? | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

 
Related Links
· More about Isu Semasa
· News by dkds


Most read story about Isu Semasa:
Umno bahagian diberi tempoh hingga Sept ulas pindaan perlembagaan

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

Isu Semasa

 
Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak


(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.02 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::