myperak.net

Undilah Barisan Nasional

  Login or Register
 • Home • Downloads • Your Account • Forums • 
Menu
Hadapan
Calon
Isu
Notis
Aktiviti
Statistik
SPR
PraPRK
Hantar Artikel
 
 
 
Maklumat
· Keputusan Pilihanraya UMUM ke 12 P059 Bukit Gantang
· Apa itu Fasal 16 (6)?
· RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN) 1993
· Isu Perlembagaan Dan Politik Perak
 
Pengunjung
Your IP: 38.107.191.81

Welcome, Surat layang
Nickname
Password

· Register
· Lost Password
Server Date/Time
10 September 2010 08:29:02 MYT (GMT +8)
 
Cytro Hulu Selangor Fb

CyTro Hulu Selangor

Promote Your Page Too

 
Facebook
myperak.net

Promote Your Page Too
 
Siapa Anwar Ibrahim 3: Anwar Ibrahim, WAMY produk CIA ? 
Surat layang writes

Oleh rmf

Menurut Ahmad Totonji, Penolong Setiausaha Agung WAMY (World Association of Muslim Youth) Anwar Ibrahim menjadi wakil/Ahli Jawatankuasa WAMY di peringkat Asia Tenggara selama 6 tahun bermula pada tahun 1976.

"Anwar telah dipilih menjadi wakil WAMY bagi rantau ini, sejak tahun 1976 dan meletakkan jawatan itu pada tahun 1982 untuk bergiat dalam politik tidak lama sebelum pilihanraya umum", kata Totonji seperti yang dicatat dalam buku 'Anwar Ibrahim, Cekal dan Tabah, Arenabuku Sdn Bhd, 1984, J. Victor Morais, halaman 77'.

Menurut kajian ilmiah Zainal Abidin Abdul Jalil bertajuk " ABIM 1971-1978", Anwar terlibat dalam gerakan belia antarabangsa sejak pengakhiran tahun 60-an lagi. Ketika  itu Anwar memegang jawatan Presiden PKPIM (1969-1971), beliau telah menjalani hubungan dengan pertubuhan pelajar di peringkat antarabangsa iaitu IIFSO (International Islamic Federation of Students Organization) , sebuah pertubuhan pelajar antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1969, di Arab Saudi.



Anwar Ibrahim dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa IIFSO oleh Ahmad Totonji (Setiausaha Agung) dan Hisham Yahya Al Talib (Timbalan Setiausaha). Klik di sini

Pada tahun 1970, Anwar menjadi Ahli Jawatankuasa WAY

(World Assembly of Youth) dan pada tahun yang sama juga Anwar menjadi wakil belia di Persidangan Belia Sedunia anjuran PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Kedua-dua jawatan itu disandang sehingga tahun 1974. Anwar juga terlibat dalam UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) .

Pada tahun 1972, Anwar bersama-sama aktivis-aktivis IIFSO menubuhkan sebuah pertubuhan belia antarabangasa yang dikenali sebagai  WAMY (World Association of Muslim Youth) yang berpengkalan di Riyadh, Arab Saudi.

WAMY dipimpin oleh Sheikh Hassan Abdullah (Presiden) dan Dr Abdullah Omar Nasief (Naib Presiden). Kedua-dua dari Arab Saudi. Tunggak utama adalah Dr Abdullah Omar Nasief yang merupakan Setiausaha Agong MWL (Muslim World Leage) dan bekas rektor Universiti King Abdul Aziz.

Setiausaha Agong dan Timbalan Setiausaha Agong dijawat oleh Dr Ahmad Abdul Kadir Bahafzallah dan Dr Ahmad Totonji.

Manakala Ahli Jawatankuasa WAMY terdiri daripada; Anwar Ibrahim (Perwakilan dari Asia), Dr Abdul Hamid Abu Sulaiman (Perwakilan Amerika Syarikat), Dr Muhamad Yaqub Mirza (Perwakilan Amerika Syarikat), Dr Jamal Barzanji (Perwakilan Amerika Syarikat) dan Mustafa Al Tahan (Perwakilan dari IIFSO).

Pada tahun 1974, Anwar menjadi Presiden ABIM apabila Razali Nawawi, meletakkan jawatan  kerana kesibukan dalam menyiapkan tesis Ph.Dnya. Sebelum ini Anwar adalah Setiausaha Agung ABIM dari tahun 1972-1974. Walau bagaimanapun Razali menerima pelantikan sebagai Ketua Biro Dakwah ABIM kerana tugasnya lebih ringan jika dibandingkan dengan jawatan Presiden.

Ketika Anwar menjawat Presiden ABIM, beliau menukar alamat Sekretariat Pusat ABIM di A1-2, Bangunan UDA, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur iaitu alamat sekolah swasta miliknya (Yayasan Anda Akademik).

Perkaitan rapat antara ABIM dan Yayasan Anda Akademik sangat ketara. Presiden ABIM (Anwar) adalah Pengetua & Pengarah Yayasan Anda. Setiausaha Agong ABIM, Kamaruddin Mohd Nor adalah Pendaftar Yayasan Anda. Wan Sabariah Wan Zakaria Setiausaha HELWA (Hal Ehwal Wanita) ABIM adalah kerani Yayasan Anda Gaya Pos.

Begitu juga dengan guru-guru di Yayasan Anda merupakan tenaga penggerak ABIM dan PKPIM. Mereka termasukkan Fuad Hassan (Presiden PKPIM), Zamanhuri Shamsuddin (Setiausaha Agung PKPIM) dan Mina Ahmad (aktivis ABIM).

Manakala perpustakaan ABIM di tempatkan di Yayasan Anda supaya dapat berinteraksi di antara ahli-ahli ABIM dengan pelajar-pelajar Yayasan Anda.

Menurut laporan tahunan ABIM 1976/1977 (halaman 5), ABIM turut mendapat bantuan kewangan daripada WAMY untuk membayar elauan Pembantu Pejabat ABIM di Sekretariat ABIM Pusat.

Kaitan WAMY dengan CIA

Robert Baer, bekas Pengarah Operasi CIA mendedahkan penubuhan WAMY adalah operasi covert CIA yang bekerjasama dengan Arab Saudi.  Menurutnya WAMY dihasilkan selepas Persidangan Muslim Antarabangsa anjuran Muslim World Leage (WML) di Jeddah pada tahun 1962.

Penaja utama Muslim World Leage adalah CIA yang bersembunyi di sebalik syarikat petroleum US-Arab bernama ARAMCO yang berpengkalan di Arab Saudi.

Martin A. Lee pula mendedahkan CIA bekerjasama dengan sekutunya Arab Saudi untuk membendung kemaraan Rusia yang sedang mara di Mesir. Pada tahun 1962, Mesir dipimpin oleh Presiden Gammal Nasser yang menjadi proksi Rusia berperang dengan Yemen yang disokong oleh Amerika Syarikat dan Arab Saudi.

Pada ketika yang sama juga Presiden Nasser sendiri ditentang oleh kumpulan Islam (Ikhwan Muslimin) dalam negaranya sendiri. 

Ini telah menimbulkan idea kepada CIA untuk menaja dan memperbesarkan kumpulan persaudaraan Islam (seperti di Mesir) ke peringkat antarabangsa dengan penajaan Muslim World Leage pada tahun 1962.

Bacaan lanjut klik artikel sebelum ini di sini

Manakala penglibatan CIA dalam pembentukan WAMY diperkukuhkan lagi dengan diskusi ilmiah dalam Program Newsnight, BBC News, 11 Jun 2001.

Diskusi ilmiah itu dikendalikan oleh Greg Palast (Wartawan Penyiasatan Newsnight) dengan individu-individu yang pakar dengan CIA dan Timur Tengah. Mereka adalah Joe Trento (Penulis Buku Sejarah Gelap CIA), Michael Springman (Bekas Ketua Biro Visa Amerika Syarikat di Arab Saudi), Michael Wildes (Bekas Peguam Persekutuan Amerika Syarikat) dan Peter Elsner

Gred Palast mendedahkan, selepas peristiwa 19 September 2001, FBI telah menyiasat individu-individu muslim Amerika Syarikat yang dianggap 'teoris'. Antaranya Abdullah Bin Laden dan Omar Bin Laden (dari keluarga Bin Laden) yang menetap di 3411, Silver Maple Place, Virginia, Amerika Syarikat. Ketika itu, Abdullah Bin Laden merupakan Presiden dan Bendahari WAMY.

Walaupun Abdullah Bin Laden dan WAMY disyaki 'teroris', tetapi FBI telah diarahkan oleh pejabat Washington untuk menghentikan siasatan mereka tanpa memberi alasan yang konkrit. Pihak Perbendaharaan Amerika Syarikat pula mempertahankan WAMY sebagai 'pertubuhan amal' apabila didesak untuk membekukan semua aset kepunyaan WAMY.

Seterusnya Newsnight berjaya membongkar kenapakah siasatan FBI diarahkan berhenti untuk menyiasat lanjut WAMY. Menurut BBC News itu, WAMY merupakan projek rahsia di antara Jabatan Negara Amerika Syarikat, CIA dan Arab Saudi. 

Michael Springman pula mendedahkan ketika beliau menjadi Ketua Biro Visa Amerika Syarikat di Arab Saudi, beliau menghadapi dilema besar kerana terdapat campur tangan Jabatan Negara Amerika Syarikat dan CIA untuk menluluskan pengeluaran visa-visa kepada pemohon-pemohon yang tidak berkelayakan.

Dedah Springman lagi, CIA mengarahkan beliau untuk meluluskan visa-visa kepada kumpulan Islam yang dipimpin oleh Osama Bin Laden, dari Arab Saudi ke Amerika Syarikat untuk menjalani latihan bersama dengan CIA. Selepas itu kumpulan Islam itu dikembalikan semula ke Arab Saudi untuk membantu tentera mujahidin Afghanistan memerangi Rusia.

Latihan kumpulan Islam oleh CIA diadakan di Virginia, Amerika Syarikat. Virginia merupakan pusat utama WAMY dan IIIT.

Ketika itu Bush Senior (George Herbert Walker Bush) merupakan Pengarah CIA.

Bacaan lanjut, sila baca artikel sebelumnya, klik di sini

Mungkinkah artikel ini sedikit sebanyak menjawab persoalan kenapa Ustaz Fadhil Nor (Allahyarham) dan Kumpulan ustaz ABIM keluar secara berkumpulan dari ABIM pada tahun 1978 ? Klik di sini

 

Posted on Saturday, January 02, 2010 @ 23:30:52 MYT by dkds
Siapa Anwar Ibrahim 3: Anwar Ibrahim, WAMY produk CIA ? | Login/Create an Account | 0 comments
The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.

No Comments Allowed for Anonymous, please register

 
Related Links
· More about Isu Semasa
· News by dkds


Most read story about Isu Semasa:
Umno bahagian diberi tempoh hingga Sept ulas pindaan perlembagaan

 
Article Rating
Average Score: 0
Votes: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad

 
Options

 Printer Friendly Printer Friendly

 
Associated Topics

Isu Semasa

 
Legal Notice | Privacy Policy | Terms of Use | Comments ]

All logos and trademarks in this site are property of their respective owner. The comments are property of their posters, all the rest © 2008 by me.

Ikhlas: Forumer myKMU Diselenggara oleh: myKMU Perak


(Original PHP-Nuke Code Copyright © 2004 by Francisco Burzi)
Page Generation: 0.02 Seconds

:: fisubice phpbb2 style by Daz :: PHP-Nuke theme by www.nukemods.com ::
:: fisubice Theme Recoded To 100% W3C CSS & HTML 4.01 Transitional & XHTML 1.0 Transitional Compliance by RavenNuke™ TEAM ::

:: W3C CSS Compliance Validation :: W3C HTML 4.01 Transitional Compliance Validation :: W3C XHTML 1.0 Transitional Compliance Validation ::