كستيأن كڤادا راج دن نڬارا LAGU KEBESARAN NEGERI PERAK Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri dan kanan
Iman yang saleh Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan
Janganlah sesekali (wahai Muhammad) engkau terpedaya
akan usaha gerakan orang-orang kafir dalam negeri (yang membawa keuntungan kepada mereka.) Surah Al-Imran 196
NIZAR GADAI NEGARA ISLAM
Keputusan PRK P059 Bukit Gantang
Sokongan Melayu terhadap BN = 63 %
Sokongan Melayu terhadap PAS = 37 %
Bukan Melayu undi BN = 15 %
Bukan Melayu undi PAS = 85 %
Keputusan = DAP Juara!
Sekiranya ada sebarang artikel/rencana dan permasalahan yang berkaitan dengan UMNO Perak dan masalah setempat yang ingin disiarkan di laman web ini wajib sertakan nama, no utk dihubungi dan no ahli umno(jika ada) dan akan dirahsiakan untuk rujukan kesahihan cerita. Laman ini berpegang pada prinsip BERJUANG KERANA KEBENARAN DAN MEMPUNYAI FAKTA UNTUK MENYOKONG PERJUANGAN. KENAPA MESTI KOTORKAN PERJUANGAN INI DENGAN PENIPUAN .FAKTA YANG BENAR WALAUPUN HANYA SATU CUKUP UNTUK MENJADI ASAS PERJUANGAN DAN PENIPUAN WALAUPUN BERIBU RIBU TETAP SATU PEMBOHONGAN. MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA .
Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.
Panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah telah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR setelah berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.
Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Dan posting ini juga mengingatkan kita kepada Perak. dan Selangor. Fikir Fikir kan lahhhhhh.....
Sejak post terkhir saya, bertajuk mengapa Khairy , kini selama semalaman saya membaca pula berita bagaimana Melayu Pulau Pinang sedang ditekan oleh “khalifah” mereka yang diagungkan oleh PAS dan PKR tidak kira dimana jua. Melonjak kan niat untuk menjadi seorang “Khalifah” oleh PAS kepada Lim Guan Eng telah dilakukan dan di realisasikan oleh Nik Aziz dan kuncu-kuncunya.
Tetapi kini, disangkakan panas hingga kepetang rupanya hujan ditengahari- melayu Pulau Pinang kini meghadapi sesalan yang tidak terhingga kerana memilih DAP, PKR dan PAS didalam pilihanraya yang lalu akibat ceteknya pengetahuan politik termasuk UMNO Pulau Pinang yang tidak mampu menahan redahan perasaan pengundi.
Kalau dahulu, Tun. Dr Mahahir dikatakan amat kejam, diktator, kuku besi malah di berikan gelaran Maha firaun oleh kepimpinan PAS PKR susulan daripada ketegasan beliau didalam menjaga hak hak dan kepentingan Melayu Malaysia. Malahan kekejaman Tun Dr Mahathir tiada lah sampai ketahap menutup periuk nasi rakyat. Kini mungkin ada yang telah menyelami sedikit kesedaran tujuan dan matlamat yang direncanakan oleh tun- Semuanya kerana Melayu.
Perhimpunan yang diadakan bagi mengumpulkan sejumlah bakal-bakal perusuh Pas diadakan di Larut untuk menyatakan sumpah setia untuk mengambil tindakan kononnya mempertahankan demokrasi....bukannya hudud dan kalimah Allah.
"Bahawasanya kami pemuda PAS Perak dengan ini berikrar setia dan berjanji akan mempertahankan hak demokrasi tulen pengundi-pengundi Perak."Bahawasanya kami akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak."Bahawasanya kami akan memulangkan tampuk pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin". petikan ini diambil dari laman web harakahdaily. Perhimpunan yang diadakan bagi mempertahankan kononnya demokrasi sahaja.kita sebenar tidak terkejut dengan pendekatan Pas kebelakangan ini yang nampak sebagai pejuang demokrasi tulen apabila menidakkan perlaksanaan negara islam dan hudud demi untuk duduk semeja dengan DAP.
Mereka masih tidak sedar ketika MB nizar berkuasa harga maruah islam dan bangsa melayu di jual sehingga tiada nilai langsung angkara menuruti tuntuta DAP. Sedarkah mereka bahawa tiada satu projek dan agenda yang memberikan kebaikan kepada orang melayu islam di Perak malah yang menjadi kaya raya dan senang lenang adalah Nizar sendiri apabila perubahan gaya hidupnya terserlah perbezaan sebelum dan selepas menjadi MB.
Sepanjang menjadi Blogger, saya banyak membuat kajian keatas sikap pengundi atau sikap akar umbi terhadap kepimpinan bahagian, atau lebih mudah lagi mengkaji sikap dan peranan. Pada saya biarlah isu isu nasional dibawa oleh blogger-blogger yang lebih senior lagi daripada saya.
Pada hemat saya kajian dasar akar umbi ini adalah penting untuk memastikan kecenderungan pengundi didalam sesuatu kawasan pilihanraya. Kenapa mereka memilih dan kenapa mereka menolak sesaorang calun, kehendak, perhatian dan sikap adalah merupakan diantara tiga faktor yang acap kali di perkatakan.
Populariti sesaorang calun juga dilihat memainkan peranan yang penting didalam sesuatu kawasan pengundi. Akar umbi melihat setiap gerakan yang dilakukan oleh ketua-ketua bahagian / wakil rakyat yang berkhidmat dikawasan mereka. Disini kita akan dapat melihat bahawa Ketua Bahagian / Wakil Rakyat ini adalah seorang yang menjalankan tanggungjawab yang sepatutnya dilakukan sebagai tanggungjawab dirinya terhadap kawasan pengundi, ini bermakna mereka-mereka ini sentiasa melakukan siri lawatan dan mengambil berat permasalahan yang tinbul didalam setaip kawasan jajahannya. Mereka ini amat disenangi oleh segenap lapisan masyarakat pengundi.
Berdebarlah hati si Ir Nizar bila mengetahui bahawa tarikh yang dinyatakan itu mahkamah akan membuat keputusan kes yang tertangguh lama berkenaan isu jawatan MB.Besar sungguh pengharapan Ir Nizar untuk agar keputusan yang dilakukan oleh Dato Alauddin, Dato Ariffin Zakaria, Dato Zulkifli Makinuddin, Dato Hamid Embong dan Dato Ghazali Yusoff berpihak padanya
Kita pun boleh tahu jenis manusia bernama Ir Nizar ini, jenis manusia yang hanya menyakini keadilan sekiranya keputusan berpihak pada mereka, hanya mereka sahaja yang layak diberi keadilan dalam segala-gala keputusan baik mahkamah, sprm, polis dan undi...bila tidak memihak pada mereka mula lah dihambur segala maki hamun dan kata caci nista buat-buat pengubal keputusan dan penguatkuasa yang membelasah mereka...
Seperti yang ditulis oleh blogger merentas gelombang Nizar mengambil masa untuk menjawab ketika wartawan bertanya andai kata keputusan mahkamah tidak memihak padanya. namun tak susah nak ramal apa jawapan diberikan.Yang menjadi persoalannya apakah Ir Nizar ini boleh menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh mahkamah nanti?
PAS Perak cukup terkenal dengan sifat jalangan mereka yang bertuankan DAP,kali ini akan mengumpulkan 10 ribu penganas PAS untuk menunjukkan mereka telah bersedia untuk menghadapi pilihanraya .
haprak daily
Satu Himpunan 10 ribu Pemuda PAS Perak (HEMPAP) akan diadakan pada 31 Januari ini sebagai persiapan dewan itu menggerakkan jentera mereka berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pada bila-bila masa
Pihak PAS begitu bersungguh sungguh mengwarwarkan kerajaan BN Perak akan membubarkan DUN,walhal DAP langsung tidak membuat sebarang kenyataan.Di sini pisau sifatkan DAP telah mengunakan jalang murahan seperti PAS untuk tujuan mengumpulkan gerombolan puak hati hitam yang cintakan nama Allah dijual untuk membuat kerja kepada tuan DAP.Inilah yang dikatakan lacuran politik secara terang terangan.
Bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan orang Melayu terhadap pakatan DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat di Perak telah merosot terutama di kawasan pedalaman.
Ini, katanya, berpunca daripada isu seperti kononnya semasa beliau Menteri Besar beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin menang.
Dalam kita sibuk mempertahankan kalimah Allah dari tercemar dan disalahgunakan oleh penganut Agama bukan islam dimasa hadapan, penganut Pas merunsingkan imej dan populariti YB khalid Samad yang sebenarnya tercemar angkara sokongan terang terangannya terhadap permintaan pihak gereja roman katolik.Pada mereka kalimah allah hanya satu nama yang tiada makna, maka wajar nama itu diagih-agihkan dikalangan penganut agama bukan islam untuk digunapakai.
Ketidak warasan Khalid Samad dalam menjadi juara pada kalimah Allah mendatangkan kekeliruan khususnya pada penganut Pas itu sendiri. Namun aura Khalid samad mengabui mata penganut Pas Khasnya Dewan Pemuda Pas Shah Alam sehingga membuat laporan polis tentang gambar sinikal Khalid samad bergaya seperti pope
Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah hari ini menyeru umat Islam supaya berusaha memadamkan segera perkara-perkara kontroversi di peringkat awal supaya tidak merebak hingga boleh mencetuskan konfrontasi.
"Perkara-perkara berunsur kontroversi tidak harus dipandang kecil malah hendaklah dipadamkan segera di peringkat awal dari dibiarkan merebak," titah baginda ketika merasmikan persidangan ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di sini, hari ini.
Baginda bertitah, bahawa sejarah membuktikan bahawa peperangan dan pertentangan bermula dari perkara-perkara kecil di mana perkara-perkara yang bersifat kontroversi sangat mudah menjemput reaksi yang akan menambah jurang salah faham malah berpotensi mencetuskan suasana konfrontasi.
Penulisan kali ini agak berbeza dari sebelumnya, kali ini saya menulis mengikut kata hati kecil ini- apa yang terkeluar dari benak hati itu lah yang di lakarkan disini.
Hari ini kita memandang jauh kehadapan, hari ini juga kita melangkah maju , mara tanpa memperdulikan apa yang kita tinggalkan, biarkan semua itu menjadi isi dalam lipatan sejarah. Dato Seri Najib telah mula mengatur barisan untuk membentengkan perjuangan yang diwarisi sedekad yang lalu.
Tanpa menoleh, tanpa prejudis dia membenamkan nekad untuk bersama rakyat , bersama memahami hati budi rakyat, memahami penat jerih rakyat, memahami segalanya untuk rakyat, Namun ada suara sumbang yang menikam dari belakang, orang orang harapannya menikam, orang orang harapannya menjadi gunting dalam lipatan, semua ini di tangani dengan gaya seorang melayu, Mendahulukan bicara sopan agar tidak semua terguris perasaan.
Setelah slogan 1 Malaysia dilancarkan dengan gahnya didalam pemerintahan Dato Seri Najib sebagai kerangka hala tuju konsep pemerintahan yang berlandaskan perlembagaan untuk semua golongan di negara ini.
Walaupun demikian ianya masih tidak mendapat tempat dihati sebahagian daripada rakyat yang hanya mengkritik tanpa memberikan satu cadangan penambah baikan dari pelbagai sudut. Mereka ini adalah pembangkang dari golongan franatik.
1 Malaysia mencerminkan satu gerakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berbilang kaum dan mengamalkan konsep keakraban sesama mereka dan menjalankan tanggung jawab bersama didalam pelbagai sudut pandangan.
Seperti mana diketahui Pas hanya menjadi pak turut kepada DAP dan PKR dalam melaksanakan agenda mereka. Pihak DAP dan PKR mengetahui kekuatan Pas dalam mengumpulkan tentera-tentera demotrasi yang besar ,ampuh dan berani mati atas sifat yang demikian , Anwar terpaksa menggunakan pengaruhnya untuk memaksa Pas melalui lajnah politiknya supaya menyokong penggunaan kalimah Allah oleh pihak kristian.
Berhadapan dengan demo yang dirancang oleh NGO-NGO islam yang membantah, Pas terpaksa menganjurkan satu demo bagi mengalih perhatian umat islam di Malaysia tentang isu yang mereka gagal menjadi juara akibat ketaksuban kepada anwar ibrahim. Tindakan terdesak mereka ini sebenarnya mengundang persoalan, apakah mereka benar-benar ikhlas atau hanya menjadi pak turut sahaja?
Dunia mengetahui bahawa konvoi viva palestine adalah gabungan badan badan bukan kerajaan yang prihatin terhadap kesengsaraan penduduk di Palestine, akibat kekejaman tentera zionist israel.Konvoi berkenaan dianggotai 416 sukarelawan dari pelbagai negara termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, United Kingdom,Turki.
UMNO merangka satu initiatif yang berterusan sepanjang tahun yang akan meliputi pelbagai jenis bidang seperti pendidikan, keagamaan, kerohanian, keusahawanan, ekonomi, sosial dan lain-lain lagi.Program yang dinamakan UMNO JUARA RAKYAT akan dilancarkan pada 9hb januari 2010 ini.
Pihak UMNO akan mempelawa parti-parti kompenan agar menyertainya agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan diperingkat bahagian.program i ini bertujuan untuk memulihkan imej UMNO yang tercalar selepas PRU yang ke 12.
Persoalannya adakah program ini mampu memulihkan imej dan memberi impak kepada rakyat ?
Sebenarnya banyak perkara yang perlu diberi perhatian disebalik perlancaran program ini. Banyak perkara yang bermain dibenak fikiran rakyat apakah benar-benar UMNO JUARA RAKYAT atau hanya sebagai penyedap bagi resepi pemulihan UMNO sahaja.
Negara bangsa adalah satu ’set orang dengan identiti yang sama yang telah membentuk negara politik sendiri atau biasanya berhajat sedemikian’(Viotti and Kauppi, 2001). Dalam maksud negara geografi ini, rujukan adalah lebih bercirikan satu kumpulan yang mempunyai asal yang sama dari segi etnik, bahasa, agama, atau sejarah, secara betul atau salahnya.
Istilah ini menjadi sinonim dengan negara geografi dengan negara bangsa tampa kedaulatan (iaitu negara bangsa tampa negara politik) bertujuan menanggap diri mereka sebagai sama taraf dengan negara berdaulat. Yang lainnya, termasuk nasionalis, mungkin menggangap satu negara bangsa atau geografi dibahagikan kepada beberapa negara politik
Menurut Ahmad Totonji, Penolong Setiausaha Agung WAMY (World Association of Muslim Youth) Anwar Ibrahim menjadi wakil/Ahli Jawatankuasa WAMY di peringkat Asia Tenggara selama 6 tahun bermula pada tahun 1976.
"Anwar telah dipilih menjadi wakil WAMY bagi rantau ini, sejak tahun 1976 dan meletakkan jawatan itu pada tahun 1982 untuk bergiat dalam politik tidak lama sebelum pilihanraya umum", kata Totonji seperti yang dicatat dalam buku 'Anwar Ibrahim, Cekal dan Tabah, Arenabuku Sdn Bhd, 1984, J. Victor Morais, halaman 77'.
Menurut kajian ilmiah Zainal Abidin Abdul Jalil bertajuk " ABIM 1971-1978", Anwar terlibat dalam gerakan belia antarabangsa sejak pengakhiran tahun 60-an lagi. Ketika itu Anwar memegang jawatan Presiden PKPIM (1969-1971), beliau telah menjalani hubungan dengan pertubuhan pelajar di peringkat antarabangsa iaitu IIFSO (International Islamic Federation of Students Organization) , sebuah pertubuhan pelajar antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1969, di Arab Saudi.
Hitam, putih dan kelabu itu adalah warna warna sinomin bagi kumpulan kumpulan yang dikenal pasti oleh bancian untuk pengundi atau kajian keatas sikap sikap pengundi didalam sesuatu kawasan. Kajian ini amat perlu untuk mengenal pasti kekuatan penyokong atau pengundi apabila berlakunya pilihanraya .
Kajian keatas sikap ini sering kali berubah ubah mengikut situasi politik, pemimpin dan hala tuju pemerintahan sesuatu tempat, negeri atau negara. Kenapa ini berlaku, ini adalah kerana sikap dan citarasa , atau perasaan pengundi memainkan peranan menentukan semua ini.
Perubahan perubahan perilaku atau sokongan ini pada kebiasaannya dipengaruhi oleh sikap pemimpin yang memerintah. Acap kali kita lihat dan perhatikan hanya kajian sikap pengundi yang dijalankan, mengapa tiada kajian sikap keatas kepimpinan? bukan kah perubahan sikap pengundi berlaku apabila berlakunya kepincangan daripada sudut kepimpinan?
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.
Beliau berkata, Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.
"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil),"
Petikan dari berita bernama online.
Sampai bila mereka harus bermain dengan politik, menganggu pentadbiran kerajaan negeri yang sah...apakah mereka berpolitik kerana wang dan kuasa atau RAKYAT?....cara mereka berpolitik yang tidak kenal waktu rehat siang dan malam merugikan rakyat negeri Perak sendiri. Apakah dengan adakan pilihanraya semula , kehidupan rakyat Perak menjadi aman dan mewah? mereka hanya kempunan pada kuasa yang dimiliki dahulu ketagihan memiliki kuasa sudah menguasai minda mereka.
Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.
Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.
Bukan lagi rahsia bahyawa Pemuda UMNO gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu.Antara yang menimbulkan kemarahan ramai ahli pemuda ialah tindakan Khairy melantik etua-Ketua Pemuda Negeri yang tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri tersebut.
9hb February adalah satu tarikh yang cukup mendebarkan bagis seluruh rakyat Negeri Perak yang cintakan kedamaian, keharmonian dibawah pentadbiran BN/UMNO sekarang dimana sendang menikmati peningkatan arus pembangunan di bawah kepimpinan Dato Zambry Kadir selaku Menteri Besar Perak.
Degup jantung kian menjadi-jadi pabila tarikh tersebut akan memutuskan hasil rayuan terhadap tuntutan Nizar (xMB) yang terlalu gilakan kuasa sehingga membelakangkan dan seterusnya menderhaka kepada Sultan Perak yang kita kasihi untuk menobatkan dirinya sebagai Menteri Besar Perak dengan kekurangan majoriti yang nyata.
Tidak rela dengan episod lompatan 3 DUN menjadi BEBAS, terjahan demi terjahan berlaku terhadap mereka ini. Walaupun demikian 3 DUN ini sedar bahawa segala perjuangan yang telah di lakarkan selama ini bukan atas dasar kemelayuan akan tetapi adalah diatas dasar kecinaan dibawa didalam semua sistem untuk diolahkan oleh seorang Menteri Besar yang berdarah cina.
Sepanjang pagi, menyelami hati dan perasaan akar umbi dengan menjelajah disegenap lapisan masyarakat untuk mengetahui apakah yang sebenarnya tersirat didalam lubuk hati mereka menyebabkan Perak mengalami kekalahan pada PRU12 dan mengakibatkan sistem pentadbiran berubah tangan.
Bermula saat itu, UMNO/BN masih lagi tercari cari dimanakah silapnya, Pencarian ini masih lagi belum menemui keputusan diperingkat UMNO Bahagian dan Cawangan kerana mereka yang berada ditampok kepimpinan masih lagi mengamalkan sistem yang sama dan tidak berubah.
Episod pemerintahan Pak Lah telah menjerumuskan banyak kesilapan yang amat ketara dimana pengkronian yang amat dasyat sehingga meminggirkan hak hak akar umbi demi mementingkan kroni. Percaturan calun yang telah dibuat diatas desakan desakan pihak atasan telah memperlihatkan penyingkiran pemimpin yang disukai oleh rakyat dan memasukkan calun calun yang bersifat kroni.
Setelah sembilan bulan mengambil semula tampok pemerintahan negeri Perak daripada pihak pembangkang, pelbagai usaha telah dirancang untuk memberikan satu perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Segala usaha ini bukan sahaja ditumpukan kepada seluruh rakyat negeri Perak ianya direncanakan didalam pelbagai struktur untuk menarik kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan BN/UMNO dan juga menarik minat pelabur tampil kembali melabur didalam negeri Perak.
Budaya tunggu dan lihat bukan lagi menjadi agenda penting didalam pentadbiran Dato Zambry malahan beliau mahu semua yang terlibat bekerja keras didalam semua struktur sehingga keakar umbi.
Rakyat telah memberikan satu pengajaran yang amat berguna kepada kepimpinan BN/UNMO negeri Perak dimana kekalahan didalam pilihanraya 12 dulu telah membuktikan bahawa rakyat tidak senang dengan karenah Ketua, Ketua Bahagian yang mana memberikan kepentingan terhadap kroni sahaja sehingga meminggirkan golongan akar umbi yang amat memerlukan.
Kita pernah dengar ungkapan Jutawan setelah menjadi MB tapi ia ditujukan kepada UMNO sahaja, malangnya tiada kesempatan dari pihak Pas, PKR dan DAP untuk berbuat begitu akibat sindrom selalu kalah melainkan di Kelantan, namun lakunan NIk Aziz nik Mat sedikit sebanyak mempengaruhi kebanyakan penganut Pas mempercayai bahawa pemimpin Pas adalah zuhud belaka namun setahun dua ini , banyak pendedahan yang dilakukan terhadap nik aziz nik mat me ke'zuhud'an itu hanya lakonan semata-mata
Percayalah setelah mereka berjaya merampas negeri-negeri yang diperintah oleh BN, perkara pertama yang mereka lakukan adalah mengagih-agihkan harta rampasan perang dikalangan mereka. Siapa yang dapat banyak dan sedikt menjadi kancah pertengkaran, tiada lagi menjadi juara rakyat malah rakayat diilupakan.
Kita berterimakasih kepada bloger-bloger yang tidak pernah jemu untuk membongkarkan kelicikan penganut-penganut Pas ini,bloger merentas gelombang telah mencabar nizar untuk menjawab segala dakwaan disebalik kemewahan yang dimiliki setelah menjadi MB berdasarkan bukti-bukti yang di paparkan didisini
Pada pandangan saya agaknya itulah perkataan yang wajar diberikan kepada Pemuda UMNO Malaysia diwaktu ini. Pemuda UMNO Malaysia dibawah kepimpinan Khairy Jamaluddin.
Terus terang saya katakan bahawa bermula daripada pertukaran kuasa kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia , dimasa ini bergitu lemah dan tidak bermaya untuk menangani isu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara. Kita lihat semula dimanakah permulaan ini berlaku.
Didalam era pemerintahan Pak Lah, dimasa ini Khairy kelihatan seperti seorang pejuang dan begitu samseng dibawah kepimpinan Ketua Pemuda Dato Hishamuddin memperkatakan isu isu . Sehingga kuasa campur tangan beliau didalam banyak keputusan negara dimana sepatutnya tidak berlaku.
PERLEMBAGAAN ILLUMINATI -SATU PENIPUAN DI AKHIR ZAMAN
Berikut adalah merupakan bahagian pertama daripada siri tulisan saya mengenai apa yang termaktub di dalam Deraf Perlembagaan Illuminati. Dalam bahagian pertama ini saya akan mengupas serba sedikit mengenai Artikel 1 Perlembagaan Illuminati yang akan menyentuh perihal hak-hak persendirian.
Bagi kebanyakan anda, deraf perlembagaan ini kelihatannya tidak begitu relevan dengan kehidupan kita sekarang. Namun harus difahami bahawa maksud-maksud yang termaktub didalam perlembagaan ini akan diserapkan juga ke dalam undang-undang mana-mana negara (termasuklah Malaysia) kelak sekiranya proxy-proxy Illuminati berjaya dalam usaha mereka mengambil-alih pemerintahan negara itu kelak.
Para pembaca juga diingatkan disini bahawa sekiranya Dajal Laknatullah berjaya menjadi pemerintah dunia sejagat, maka perlembagaan inilah yang akan diperkenalkan dan diwajibkan kepada semua umat sejagat. Jika dibaca sekali imbas kelihatannya seolah-olah perlembagaan ini merupakan suatu perlembagaan yang ideal, namun hakikatnya ia cuma merupakan satu pembohongan yang bertujuan mengabui mata kelompok masyarakat yang hatinya telah dibutakan oleh ketaksuban dan kehilangan iman.
Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian. Bukan niat saya untuk mencari kelemahan agama tersebut tetapi, bagi saya ianya sebagai satu pembacaan ilmiah dan sebagai seorang Islam tidak salah bagi saya membaca dan mengkaji sabagai menambah ilmu pengetahuan.
Pada pandangan saya, sebagai orang Islam kita harus bersabar dan mencari jalan secara lebih berhikmah (wisdom) untuk hadapi situasi seperti ini. Mengadakan demonstrasi dengan menunjukkan kemarahan seolah-olah memberi gambaran orang Islam itu satu umat yang tidak rasional. Sebagai umat Islam kita telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya sentiasa berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran (Surah Al-Asr). Pendekatan yang lebih berbentuk Ilmiah dan hikmah adalah yang terbaik untuk hadapi situasi seperti ini.
Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang berguna yang mungkin dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama pihak KDN, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, NGO atau Persatuan Peguam Muslim.
Pada 4 – 5 Disember 2009 lalu Anwar telah berkunjung ke Melborne, Australia. Dia dijemput sebagai salah seorang penceramah utama dalam Program The Parliament of World’s Religions (Parlimen Agama Dunia). Klik di sini dan di sini
Apa itu Parlimen Agama Dunia ? Diasaskan oleh paderi Kristian pada tahun 1893, di Chicago, Amerika Syarikat untuk menggalakkan dailog antara agama. Badan ini digerakkan oleh Mary Baker Eddy (pengasas Pergerakan Sains Kristian) dan paderi Henry Jessup yang menubuhkan The Council for a Parliament of the World’s Religions (CPWR. Klik di sini
Persidangan Palimen Agama Dunia diadakan secara berkala di pelbagai negara yang telah ditetapkan. Misalnya, di Chicago (1983 1988 dan 1993), Cape Town, Afrika Selatan (1999), Sepenyol (2004), Mexico (2007) dan terbaru di Melborne (2009). Klik di sini
SETELAH DIKEJUTKAN PADA KHAMIS PAGI 07/01/2010 DENGAN KEMALANGAN JALANRAYA YANG MENIMPA BELIAU DENGAN KEADAAN KERETA YANG DIPANDUNYA TERBALIK, SEMUA ORANG MENGANGGAP BELIAU TERBUNUH.
TUHAN MASIH SAYANGKAN NYAWA BELIAU KERANA MUNGKIN BANYAK LAGI PENYOKONG KUAT BELIAU MEMERLUKAN KHIDMATNYA TERUTAMA DARI RAKAN PAKATAN RAKYAT YANG BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA. BELIAU MASIH BOLEH TERSENYUM SAMBIL MELAMBAIKAN TANGAN KERANA MASIH HIDUP TETAPI PERLU DIINGAT, ITULAH SATU PETANDA BURUK AKAN BERLAKU LAGI JIKA BELIAU MASIH ANGKUH DAN TIDAK SEDAR APA KESILAPAN YANG PERNAH DILAKUKAN DIDUNIA INI TERHADAP MANUSIA SEJAGAT.
IIIT (International Institute of Islamic Thought) ditubuhkan pada tahun 1981, ketika pengakhiran zaman Presiden Jimmy Carter (Demokrat) dan permulaan zaman Presiden Ronald Reagan (Republikan) .
Ketika itu polisi Amerika Syarikat mengikut plan ‘The Bernard Lewis Plan’, [Profesor Emeritus Yahudi, Bernard Lewis yang mengkaji Timur Tengah dan Empayar Uthmaniyah di Universiti Princeton, Amerika Syarikat ] yang memperalatkan kumpulan Islam melawan musuh Amerika Syarikat iaitu Rusia. Era itu dinamakan ‘Cold Ward’.
Zbigniew Brzezinski, ketika itu menjadi penasihat Keselamatan Presiden Jimmy Carter telah mengaplikasikan “The Bernard Lewis Plan” dengan melancarkan ‘Operation Cyclone’, singkatan kepada Pusat Agensi Perisikan Amerika Syarikat yang dijalankan oleh CIA secara ‘covert’ (tersembunyi) . Operasi ini bercorak bantuan ketenteraan (senjata) khusus membantu kumpulan Mujahidin di Afghanistan melawan Russia pada tahun 1979-1989. Untuk menjayakan operasi ini, CIA telah membelanjakan $20–30 million setiap tahun pada 1980 dan meningkat kepada $630 million setiap tahun pada tahun 1987.
Tertarik dengan pandangan yang dilontarkan oleh seorang forummer di mykmu tentang hubung kait permasalahan isu penggunaan nama "Allah" yang hangat diperkatakan sekarang.
Kalau diamati kronologi sehingga isu ini tercetus, kita boleh melihat rangkaian yang beterusan dari sesetengah pihak untuk melemahkan kuasa politik orang-orang melayu dalam mempertahankan hak mereka.Penglibatan secara terang dan tersembunyi sesetengah pemimpin politik bukan melayu dalam isu ini menampakkan perancangan yang rapi yang dibantu oleh melayu Pas dan PKR.
terserah pada pembaca untuk menilai sendiri apa yang tersirat dan tersurat dalam isu ini.
- Sekarang telah terang lagi nyata.Kenapa puak puak ini mahu hapuskan ISA.
Kekuatan dan monopoli di dalam dunia judiciary mahu di guna kan secara maxima.Kelicikan dan pembelitan dalm bidang kehakiman dan manipulasi perundangan akan di jadi kan alat utk mencapai matlamat kuasai bumi melayu Islam ini.
Seperti yang dijangka, tiada masa untuk mereka bertenang dari terus menyebarkan fitnah terhadap kepimpinan BN di Perak mahupun Negara. Hobi mereka terus melekat walaupun ketika mereka menjadi kerajaan negeri. Akibat keseronokan mendapat habuan ketika PRU yang lepas, habis semua digadai untuk kepentingan satu pihak yang mempunyai logo roket pada lambang parti.
Ketika seluruh negara sedang bersedia membuat sambutan tahun baru, bloggers dan portal pembangkang begitu rancak menyebarkan fitnah untuk memalukan MB YANG DILANTIK OLEH RAKYAT dan DIPERKENAN OLEH SULTAN. Fitnah yang dilemparkan berniat untuk memalukan dan menghina lebih sadis ada undur-unsur perkauman dan penghinaan terhadap islam.
Memandangkan muryidul am Pas pun dalam kategori ingat-ingat lupa , ahli Pas secara sembrono mengikut jejak langkah muryidul amnya yang menghalalkan yang haram yakni fitnah.